BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mar 24, 2012

Part 1...

Dear future husband...


i can't promise u that i always agree.. i can't promise u that i always tell u what's wrong.. i can't promise that i will always be able to ease your pain.. i can't promise that i will never get on your nerves.. but i promise u that i always be there for u.. i will smile with u and i will cry with u.. i will care for u when u get ill.. i will cook for u and try to make it nutritious and delicious.. i will care for our kids with all the love i have.. 

^_^v

Mar 23, 2012

Macam mana nak jadi pasangan yang baik...

Terima seadanya
jangan sesekali cuba ubah pasangan ikut selera tekak kita.. ingat, pasangan yang akan kita kahwin tu pilihan kita sendiri.. jangan terlalu nak kan kesempurnaan kalau diri sendiri tak sempurna juga.. kita kena terima segala kekurangan pasangan sebab tak ada manusia yang sempurna pun.. fikir kebaikan pasangan daripada fikirkan kekurangan dengan keburukan dia saja nak buat apa..
Kawal perasaan
apabila tengah marah atau ada hal yang mengganggu, better bertenang dan tanya pada pasangan anda.. cuba elakkan dari tuduh melulu tak tentu pasal atau tinggi suara yang akan boleh memulakan pergaduhan.. pasangan akan menghargai kalau kita pandai bertenang bila hadap suatu situasi..
Jangan ungkit kisah lalu
berhenti dari ungkit kisah lalu yang negatif.. tak ada siapa yang nak ingat kesilapan yang mungkin kenangan pahit atau suatu yang memalukan.. jangan jadikan kesilapan lalu pasangan senjata setiap kali berlaku pertengkaran..
Kurangkan rasa cemburu
ok.. setiap individu memang tak boleh lari dari rasa cemburu.. cemburu yang keterlaluan patut di elakkan sebab boleh buat bergaduh besar dan tak selesa pada diri sendiri.. cinta ni kena dibina atas dasar percaya pada pasangan..
Jujur
jujur perkara penting dalam hubungan.. jangan pernah menipu pasangan sebab menipu ni punca utama kepada perpisahan.. kalau rasa kecil hati, bagitahu pasangan, kita kecil hati.. cakap dengan tenang, tak perlu tinggi suara...


*so, siapa yang bersalah kalau kita tak bahagia dengan pasangan kita?

^_^v

Perkara yang orang rasa pelik dalam relationship tapi sebenarnya tak pelik pun...

kadang2 tu kita akan rasa pelik pada suatu perkara yang berlaku dalam relationship kita.. so, ada beberapa perkara yang pelik dalam relationship tapi tak berapa pelik pun sebenarnya.. bhahahaha


Layanan
problem ni memang biasa sangat berlaku pada orang perempuan.. awal2 relationship layanan pasangan biasanya baik & romantik.. tetapi apabila hubungan menjangkau satu jangka masa yang panjang, ianya akan berubah dingin.. sebenarnya problem ni normal, apa yang lagi penting cara pasangan kita tangani problem tu..
Penipuan
setiap pasangan mesti ada menipu atas sebab2 tertentu.. mungkin dia memang sengaja menipu kita atau mungkin juga dia terpaksa menipu untuk jaga maruah sendiri ataupun orang lain.. penipuan tu pun suatu yang normal sebenarnya cuma apa yang pelik, tahap penipuan yang dilakukan..
Jatuh hati pada orang lain
dah jadi fitrah semulajadi manusia ada perasaan dan akan buat mereka jatuh hati pada orang lain.. perkara tu memang tak boleh di halang.. apa yang lebih penting, cara kawal perasaan mereka.. perkara yang kita lakukan terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal yang waras biasanya di pengakhiran cerita, menghasilkan keputusan yang rugi..
Tabiat buruk
setiap manusia ada tabiat buruk yang ada kalanya buat orang lain tak selesa termasuk couple sendiri.. bila kita dah pilih cara hidup bercouple, kita sepatutnya dah get ready untuk terima benda macam ni dan tahu cara untuk tangani..  bukannya kerja nak merungut benda pelik yang ada pada couple tu.. kita kena ingat juga, bukan kita saja yang kena hadapi perkara macam ni, orang lain pun..
Perhatian
apabila couple kita beri lebih perhatian pada family dia daripada kita, sebenarnya tak lah berapa pelik.. terutamanya pada lelaki.. sebenarnya mereka memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding perempuan..


*so tak ada lah pelik sangat...

^_^v

Mar 17, 2012

Jenis lelaki yang perempuan tak berapa nak suka...

  1. Lelaki yang tak boleh nak bagi komitmen.. selalu kata relax, belum puas nak enjoy lah.. macam tu ke calon nak jadi suami? sorry and goodbye to you lah kan.
  2. Lelaki yang tak pandai berdikari dan tahu mengeluh.. asyik nak mengeluh, asyik nak harap orang buat kan.. ingat ada babu nak layan kau? ada kaki ada tangan kau pergi buat sendiri lah.
  3. Style lelaki manja & mengada-ngada.. ewww... geli betul.
  4. Lelaki ego buat perempuan menyampah.. kau ingat kau handsome? ego tak bertempat, blah lah kau.
  5. Asyik dia betul, asyik dia nak menang.. dah lah tak nak mengaku salah, lepas tu nak tunding salah pada orang lain pula.
  6. Lelaki pendendam.. kalau dah break tu, tak payah nak meroyan. sampai nak ugut2 pula. siapa nak orang meroyan macam kau.
  7. Rambut cacak budget david beckham. tak payah nak perasan, tak payah nak handsome sangat. entah2 dekat rumah macam tongkang pecah.
  8. Lelaki kedekut. dengan awek sendiri pun nak kedekut. kalau dengan kawan2, kau berabis berjuta2.. bila susah, awek kau juga yang kau cari.
  9. Yang budget single. cakap saja lah kau dah tunang, kau dah kahwin.. susah sangat ke? tak ada perempuan nak layan lelaki gatal macam kau.
  10. Mata keranjang. cungkil biji mata baru tau. biar buta.
  11. Yang kuat merajuk mengalahkan perempuan. sakit kepala otak nak layan perempuan macam ni. huh!!
^_^v

Mar 1, 2012

Cukuplah mencintai dalam diam...

kalau kita suka kan seseorang,
jangan bagitahu dia
nanti tuhan kurangkan rasa cinta pada dia..


tapi luahkan pada Allah, 
bagitahu Allah.. 
Allah maha mengetahui siapa jodoh kita...


cinta dia dalam diam.. 
dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
jika benar cinta itu kerana Allah, biarkan ia..
mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya..
ia berhulu dari Allah, maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
ketika kau mendambakan cinta yang sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..
ketika kau merasa bahawa kau mencintai kan seseorang,
namun kau tahu cinta kau tak berbalas,
Allah SWT tahu pa yang ada di depanmu dan dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu...


cukup cintai dalam diam
bukan membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurganya
bukan kerana lemah menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan...


cukup cinta dari jauh
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan...


jangan memberi harapan pada yang belum pasti
kelak ada insan yang bakal dilukai
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki
nanti hati yang kecewa sendiri...


apabila tiba saatnya kamu disatukan, serahkan segalanya isi hatimu kepadanya.. dia pasti bahagia menerimanya.. tetapi jika waktu itu belum tiba, biarlah ia menjadi rahsia antara diri mu dan sang pencipta...

^_^v

Feb 27, 2012

Cinta yang tak diundang... nak terima ke tak?

huh! pernah tak korang berada dalam situasi yang macam ni? yang mana cinta jadi isu utama? apabila kita perlu jawab ya ataupun tak pada satu soalan.. yang mana kita tak tahu mana satu pilihan jawapan yang betul sebab dua2 jawapan tu akan mengubah hidup korang dan memang akan tinggalkan satu kesan yang mendalam dalam hati.. yang lain tak bukan kita fikir.. ''boleh ke awak jadi teman istimewa saya?''
pelik sungguh hidup ni.. kadang2 kita terdesak cari cinta, cinta tu boleh hilang.. umpama kita hidup ni tak akan ada rasa cinta langsung.. sampaikan kadang2 kita tertanya2.. mana perginya cinta yang ada dekat dunia ni? tetapi bila kita tengah gembira dengan hidup yang sedia ada, masa tu jugalah cinta merosakkan suasana.. walaupun dalam hati kerana ada orang yang sanggup berkongsikan cinta dia, tetapi hati tetap mengeluh sebab beratnya nak jaga orang lain.. haishhh
bila jawapan yang kita pilih 'tidak'.. mesti keadaan akan jadi janggal sebab mesti orang yang mengungkapkan pertanyaan tu adalah orang yang rapat dengan kita.. confirm bila jumpa atau terserempak akan rasa malu, benci atau tak kurang juga rasa bersalah.. suasana dekat sekeliling pula seolah2 macam dah tak ada udara sampaikan rasa sesak dada nak lari jauh2..
tapi bila jawapan yang kita pilih 'ya'..  keadaan akan serta merta berubah.. tapi betul ke hati betul2 cinta? setahun ada 365 hari, setiap hari ada 24 jam, satu jam ada 60 minit, seminit ada 60 saat.. boleh ke kita memendam rasa selama 365 hari semata2 nak menjaga hati dia sedangkan hati sendiri menjerit2, meronta2 untuk dilepaskan.. atau bercinta untuk menanti saat untuk minta clash? kejam sungguh!!
termenung sejenak.. hurmmm...
dalam masalah ni, hati siapa yang patut sedih, pedih dan kecewa? kuat ke hati korang nak tolak cinta dari dia? lebih2 lagi dia orang yang kita hormat dan selalu jadi teman berbual.. kemudian tanya pada diri lagi.. kusut....

^_^v

Feb 24, 2012

Antara sebab kenapa lelaki putuskan cinta mereka...


Dalam relationship, bila cakap saja pasal putus cinta biasanya cukup sinonim betul dengan kaum lelaki.. sebab diaorang laa selalunya jadi punca putusnya satu relation tu.. kaum lelaki juga laa yang selalu main kayu tiga tak pun dia hilang tiba2.. haishhh.. semuanya salah lelaki lah senang cerita.. tapi, pernah ke tak kaum perempuan renung2 kan... apa sebab lelaki jadi macam tu? sebagai seorang perempuan pun, kadang2 aku terfikir macam ni.. huhu..


Tak memahami :
faham memahami aspek utama kalau nak sesuatu relation tu kekal lama.. kalau bf lu tu kata dia penat, nak rehat, tak perlu laa nak kacau2 dia bagai.. menambahkan serabut dalam kepala otak dia lagi adalah.. at least bagi laa dia rehat dulu, lepas tu baru laa boleh tanya dia ada masalah ke?
nak share ke? kalau dia nak share, biar kan dia cakap sampai habis dulu, lepas tu baru korang boleh cakap.. kalau dia kata tak nak share, biarkan dia rehat dulu, jangan dipaksa suruh cakap pula.. kalau buat sekali-sekali rasa macam biasa saja kot.. tapi kalau dah selalu sangat korang buat macam tu, makan dalam laa jawabnya..


Cabar ego lelaki :
problem besar pada orang perempuan ni dia suka mendesak, terlalu berharap dan terlalu fikirkan diri sendiri tanpa fikir perasaan pasangan korang tu.. aku kan perempuan, aku tahu laa.. huhu.. kadang2 korang ni tak sedar, bila keluar dengan dia, nak itu lah, nak ini lah.. dapat pula yang kuarang sabar, memang kena tinggal lah kan.. tapi kalau dapat yang penyabar, dia mesti akan tunaikan setiap permintaan korang.. lama2 bila korang selalu minta itu, minta ini memang dah mencabar ego dia laa.. lama kelamaan permintaan korang tu akan jadi arahan pula.. korang pun kena ingat juga, bf korang tu manusia biasa juga.. dia pun perlukan ruang untuk dengan kawan2 atau ruang untuk dia buat sesuatu yang dia suka.. bagi laa dia enjoy dengan zaman bujang dia, jangan pula nanti dah kahwin, dia mula ungkit mengungkit..


Terlalu sayang :
kes macam ni memang jarang berlaku dan tak mustahil akan berlaku.. disebabkan terlalu sayang, dia terpaksa putuskan hubungan demi kebaikan korang sebab tak nak kehidupan korang susah dengan dia.. dia cuma takut dia tak dapat membahagiakan korang.. mungkin juga dia terpaksa buat macam tu sebab dia rasa dia bukan lelaki terbaik untuk menjaga perempuan  yang terbaik macam korang.. so, kuatkan persefahaman kalau ada jadi macam ni.. 


^_^v