BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 27, 2012

Cinta yang tak diundang... nak terima ke tak?

huh! pernah tak korang berada dalam situasi yang macam ni? yang mana cinta jadi isu utama? apabila kita perlu jawab ya ataupun tak pada satu soalan.. yang mana kita tak tahu mana satu pilihan jawapan yang betul sebab dua2 jawapan tu akan mengubah hidup korang dan memang akan tinggalkan satu kesan yang mendalam dalam hati.. yang lain tak bukan kita fikir.. ''boleh ke awak jadi teman istimewa saya?''
pelik sungguh hidup ni.. kadang2 kita terdesak cari cinta, cinta tu boleh hilang.. umpama kita hidup ni tak akan ada rasa cinta langsung.. sampaikan kadang2 kita tertanya2.. mana perginya cinta yang ada dekat dunia ni? tetapi bila kita tengah gembira dengan hidup yang sedia ada, masa tu jugalah cinta merosakkan suasana.. walaupun dalam hati kerana ada orang yang sanggup berkongsikan cinta dia, tetapi hati tetap mengeluh sebab beratnya nak jaga orang lain.. haishhh
bila jawapan yang kita pilih 'tidak'.. mesti keadaan akan jadi janggal sebab mesti orang yang mengungkapkan pertanyaan tu adalah orang yang rapat dengan kita.. confirm bila jumpa atau terserempak akan rasa malu, benci atau tak kurang juga rasa bersalah.. suasana dekat sekeliling pula seolah2 macam dah tak ada udara sampaikan rasa sesak dada nak lari jauh2..
tapi bila jawapan yang kita pilih 'ya'..  keadaan akan serta merta berubah.. tapi betul ke hati betul2 cinta? setahun ada 365 hari, setiap hari ada 24 jam, satu jam ada 60 minit, seminit ada 60 saat.. boleh ke kita memendam rasa selama 365 hari semata2 nak menjaga hati dia sedangkan hati sendiri menjerit2, meronta2 untuk dilepaskan.. atau bercinta untuk menanti saat untuk minta clash? kejam sungguh!!
termenung sejenak.. hurmmm...
dalam masalah ni, hati siapa yang patut sedih, pedih dan kecewa? kuat ke hati korang nak tolak cinta dari dia? lebih2 lagi dia orang yang kita hormat dan selalu jadi teman berbual.. kemudian tanya pada diri lagi.. kusut....

^_^v

0 comments: