BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mar 1, 2012

Cukuplah mencintai dalam diam...

kalau kita suka kan seseorang,
jangan bagitahu dia
nanti tuhan kurangkan rasa cinta pada dia..


tapi luahkan pada Allah, 
bagitahu Allah.. 
Allah maha mengetahui siapa jodoh kita...


cinta dia dalam diam.. 
dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
jika benar cinta itu kerana Allah, biarkan ia..
mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya..
ia berhulu dari Allah, maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
ketika kau mendambakan cinta yang sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..
ketika kau merasa bahawa kau mencintai kan seseorang,
namun kau tahu cinta kau tak berbalas,
Allah SWT tahu pa yang ada di depanmu dan dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu...


cukup cintai dalam diam
bukan membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurganya
bukan kerana lemah menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan...


cukup cinta dari jauh
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan...


jangan memberi harapan pada yang belum pasti
kelak ada insan yang bakal dilukai
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki
nanti hati yang kecewa sendiri...


apabila tiba saatnya kamu disatukan, serahkan segalanya isi hatimu kepadanya.. dia pasti bahagia menerimanya.. tetapi jika waktu itu belum tiba, biarlah ia menjadi rahsia antara diri mu dan sang pencipta...

^_^v

0 comments: