BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mar 23, 2012

Perkara yang orang rasa pelik dalam relationship tapi sebenarnya tak pelik pun...

kadang2 tu kita akan rasa pelik pada suatu perkara yang berlaku dalam relationship kita.. so, ada beberapa perkara yang pelik dalam relationship tapi tak berapa pelik pun sebenarnya.. bhahahaha


Layanan
problem ni memang biasa sangat berlaku pada orang perempuan.. awal2 relationship layanan pasangan biasanya baik & romantik.. tetapi apabila hubungan menjangkau satu jangka masa yang panjang, ianya akan berubah dingin.. sebenarnya problem ni normal, apa yang lagi penting cara pasangan kita tangani problem tu..
Penipuan
setiap pasangan mesti ada menipu atas sebab2 tertentu.. mungkin dia memang sengaja menipu kita atau mungkin juga dia terpaksa menipu untuk jaga maruah sendiri ataupun orang lain.. penipuan tu pun suatu yang normal sebenarnya cuma apa yang pelik, tahap penipuan yang dilakukan..
Jatuh hati pada orang lain
dah jadi fitrah semulajadi manusia ada perasaan dan akan buat mereka jatuh hati pada orang lain.. perkara tu memang tak boleh di halang.. apa yang lebih penting, cara kawal perasaan mereka.. perkara yang kita lakukan terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal yang waras biasanya di pengakhiran cerita, menghasilkan keputusan yang rugi..
Tabiat buruk
setiap manusia ada tabiat buruk yang ada kalanya buat orang lain tak selesa termasuk couple sendiri.. bila kita dah pilih cara hidup bercouple, kita sepatutnya dah get ready untuk terima benda macam ni dan tahu cara untuk tangani..  bukannya kerja nak merungut benda pelik yang ada pada couple tu.. kita kena ingat juga, bukan kita saja yang kena hadapi perkara macam ni, orang lain pun..
Perhatian
apabila couple kita beri lebih perhatian pada family dia daripada kita, sebenarnya tak lah berapa pelik.. terutamanya pada lelaki.. sebenarnya mereka memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding perempuan..


*so tak ada lah pelik sangat...

^_^v

0 comments: