BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 10, 2012

Seandainya lelaki tahu...

seandainya lelaki tahu...
apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya...
seandainya lelaki tahu...
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu...
seandainya lelaki tahu...
apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.. semakin bertambah sayang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku...
seandainya lelaki tahu...
apabila perempuan banyak berkata-kata, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...
seandainya lelaki tahu...
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu amat sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.. sehinggakan kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,  anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.. 
seandainya lelaki tahu...
apabila seorang perempuan merajuk, jangalah kata dia mengada-ngada.. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai...

^_^

0 comments: