BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 23, 2011

Bila perempuan menangis

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ? mungkin anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..
seorang perempuan tak akan menangis dengan mudah, tetapi hanya bila dia mula menyintai and, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata untuk anda..
apabila dia menangis di hadapan anda, apabila dia menangis kerana anda, pandanglah matanya..
bolehkan anda rasa apa yang dia rasa ?
pernahkah anda cuba memahami apa yang dia rasa ?
fikirkan..
berbaloikah dia menangis,
dihadapan anda,
hanya kerana anda?


dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
dia menangis,
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan,
kerana dia tidak lagi mampu menangis didalam hati..


Guys,
cuba ambil masa untuk berfikir,
jika sidia menangis hanya kerana anda,
mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali mana silap anda,
kerana hanya anda tahu jawapannya..


Fikirkan,
kerana suatu hari nanti,
ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
atau terlalu lambat untuk mengucapkan ''maafkan saya..''


Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.. beradalah di sisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda..


Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.. kerana anda akan merosakkan hidup dia..


Guys,
jangan pernah mengungkap rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.. hanya anda kan membuatkan si dia menangis dan sengsara.. mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.. 

^_^v

0 comments: