Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single.. post kali ini akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai.. antara kelebihan utama sekiranya anda single ialah...
Kewangan
dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan.. ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja.. apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan..
Kawan
apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan.. ini kerana, dia mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina.. ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan.. pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas...
Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan.. untuk memudahkan anda melakukan apa saja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik.. ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan..
Tidak banyak masalah
menjaga dua hati yang berlainan pasti lebih sukar berbanding menjaga satu hati.. pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda.. dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja..
Kurang tanggungjawab
apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah.. tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka..
sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik.. ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan.. ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.. anda yang tentukan..
Dec 21, 2011
5 kelebihan sekiranya anda single
^_^v
si pencarut tegar Nadya Joe at 8:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment