Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut
- Kuat amalan agamanya.. menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.. auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.. sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan..
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia..
- Tegas mempertahankan maruahnya.. tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya..
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan..
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut.. tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap..
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian..
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik.. rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama..
- Bertanggungjawab.. lihatlah dia dengan keluarga da ibubapanya..
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan..
^_^v
0 comments:
Post a Comment