- tak banyak gangguan untuk mengembangkan potensi diri
- tak mengalami patah hati yang serius kalau break
- dapat jodoh yang serious dan baik
- lebih senang jaga keterunaan
- ada banyak peluang nak membuat lawan/orang yang disukai atau orang disekeliling rasa kagum
- gangguan yang sikit setelah berkeluarga
- kurang berpotensi untuk berlaku curang pada pasangannya
- lebih dihargai kerana kemampuan sendiri dan tahap keimanan
Dec 30, 2011
8 manfaat memiliki wajah yang kurang kacak
si pencarut tegar Nadya Joe at 10:10 AM 0 comments
Dec 26, 2011
10 sebab perempuan tak respect lelaki !!!
- dah ada awek kau nak pegang-pegang.. elok-elok awek ko pakai tudung, kau nak tengok rambut dia.. konon special untuk kau seorang.. bila awek ko tak nak kasi semua tu, kau cakap bye bye.. wah !! kau lelaki gatal !!
- bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau.. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak apa.. konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi.. pastu siap minta duit lagi kat mak.. weh !! kau lelaki tak boleh harap !!
- kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit dekat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. konon kau lah lelaki paling gentleman.. tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je.. siap pura-pura tidur sebab tak nak bersesak-sesak berdiri.. sah, kau lelaki tak bertimbang rasa !!
- tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. nampak saja ada awek cun, makin semangat kau.. kau rasa hisap rokok tu cool dan macho.. alahai, sebenarnya ramai dah perempuan reject kau sebab diorang tak nak cepat jadi janda.. kau lelaki yang tak peka !!
- bila kau bawa kereta, ada saja awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. padahal perempuan tu tahu kau punya kereta tu duit mak bapak kau.. bukan harta kau tapi harta bapak kau.. aduh, kau lelaki perasan !!
- bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat.. mencarut pun kuat-kuat.. f**k, s**t, macam-macam lagi kau nak sebut.. kau rasa kau sempoi bila mencarut.. tapi perempuan pandang kau lelaki tak beradab !!
- pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. bab agama kau aci mengelat.. hermm.. kau lelaki tak boleh buat suami !!
- kau suka kutuk-kutuk, gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. kau kata konon bajet cun.. abis yang kau ambil gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tu, kau rasa cool ? haishh.. kau lelaki yang tak cermin diri !!
- time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk.. konon modal perempuan merajuk dan air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa pula? wei, kau lelaki ego !!
- kau hisap rokok kau rasa kau handsome.. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun tak ambil peduli.. alahai, kau lelaki pengotor !!
si pencarut tegar Nadya Joe at 7:12 AM 1 comments
Cantiknya lelaki dan gagahnya wanita
kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani..
lelaki yang cantik adalah..
- Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
- Lelaki yang sedia menerima segala teguran
- Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
- Lelaki yang tenang dan lapang dada
- Lelaki yang baik sangka
- Lelaki yang tak pernah putus asa
- Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
- Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan
- Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
- Perempuan yang tidak meminta-minta agar di peuhi segala keinginan
si pencarut tegar Nadya Joe at 5:48 AM 0 comments
Dec 23, 2011
Bila perempuan menangis
Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ? mungkin anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..
seorang perempuan tak akan menangis dengan mudah, tetapi hanya bila dia mula menyintai and, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata untuk anda..
apabila dia menangis di hadapan anda, apabila dia menangis kerana anda, pandanglah matanya..
bolehkan anda rasa apa yang dia rasa ?
pernahkah anda cuba memahami apa yang dia rasa ?
fikirkan..
berbaloikah dia menangis,
dihadapan anda,
hanya kerana anda?
dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
dia menangis,
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan,
kerana dia tidak lagi mampu menangis didalam hati..
Guys,
cuba ambil masa untuk berfikir,
jika sidia menangis hanya kerana anda,
mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali mana silap anda,
kerana hanya anda tahu jawapannya..
Fikirkan,
kerana suatu hari nanti,
ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
atau terlalu lambat untuk mengucapkan ''maafkan saya..''
Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.. beradalah di sisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda..
Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.. kerana anda akan merosakkan hidup dia..
Guys,
jangan pernah mengungkap rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.. hanya anda kan membuatkan si dia menangis dan sengsara.. mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
si pencarut tegar Nadya Joe at 8:30 AM 0 comments
Dec 22, 2011
Hati seorang wanita
Sensitif
bukan bermaksud suka merajuk.. tetapi cuma nak bermanja dan mendapatkan perhatian..
Cerewet
bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala.. cuma wanita ini sukakan ketelitian.. cermat.. dan kadang-kadang teringin juga lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala..
Halus
bak sutera halus, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak.. walaupun sorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran.. bukan sebagai DENDAM.. faham !!
Ikhlas
ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui.. yeah !!
Korban
wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang disayangi, ibubapa, anak-anak dan suami.. wanita amat tabah..
Prihatin
sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling..
Manja
walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita.. suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.. bukan gatal.. tetapi lumrah..
Ego
wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai..
Cinta
cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..
Seks
seks bukanlah segala-galanya buat wanita sebab wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal.. nafsu yang banyak tak tertumpu pada satu saja.. lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu.. fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan..
peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.. wanita diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.. maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita..
si pencarut tegar Nadya Joe at 9:37 AM 5 comments
Lelaki vs Wanita
- salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi.. dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi !!
- menurut satu kajian, kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita.. dan menurut satu kajian lagi, kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang, terlupa bini kita !!
- selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tetapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran !!
- wanita memang pemurah.. sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit dekat shopping complex tiap-tiap minggu..
- orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu.. tarik muncung empat, lima depa time merajuk !! sekali pandang lipstik dekat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna dia tak sama sebenarnya.. ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah !!
- menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri.. dan satu lagi kajian 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami..
- adalah orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya !!
- binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik.. manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !!
- wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up.. nampak sangat mereka satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up !!
- orang perempuan akan membelek muka di depan cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali juga semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali.. ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja yang tak berfaedah tengok muka sendiri !!
- menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda berbanding lelaki.. ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata !!
si pencarut tegar Nadya Joe at 3:16 AM 0 comments
10 sifat calon suami yang baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut
- Kuat amalan agamanya.. menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.. auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.. sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan..
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia..
- Tegas mempertahankan maruahnya.. tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya..
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan..
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut.. tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap..
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian..
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik.. rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama..
- Bertanggungjawab.. lihatlah dia dengan keluarga da ibubapanya..
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan..
si pencarut tegar Nadya Joe at 1:23 AM 0 comments
Dec 21, 2011
5 kelebihan sekiranya anda single
Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single.. post kali ini akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai.. antara kelebihan utama sekiranya anda single ialah...
Kewangan
dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan.. ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja.. apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan..
Kawan
apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan.. ini kerana, dia mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina.. ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan.. pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas...
Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan.. untuk memudahkan anda melakukan apa saja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik.. ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan..
Tidak banyak masalah
menjaga dua hati yang berlainan pasti lebih sukar berbanding menjaga satu hati.. pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda.. dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja..
Kurang tanggungjawab
apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah.. tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka..
sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik.. ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan.. ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.. anda yang tentukan..
si pencarut tegar Nadya Joe at 8:45 AM 0 comments
6 perkara yang lelaki cari dari seorang wanita...
Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya.. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas..
Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki.. namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan..
Lelaki ingin cari wanita yang cantik dimata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka.. namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki.. jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik dimata dia..
Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki wanita yang setia.. bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada disamping mereka ketika susah dan senang..
Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya.. bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting.. bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih bersemangat..
Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang dicari oleh lelaki zaman sekarang.. bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk dijaga dan dibelai..
si pencarut tegar Nadya Joe at 12:13 AM 5 comments
Dec 13, 2011
Life Goes On...
There was a time when everything was right
each moment was blissful and bright
Care free, evergreen smile flashing on the face
but now life seems to loose its pace
Everywhere is dark, no ray of hope
no chances are left to recoup
The evil void seared my happy soul ouch
tears are flowing, which I can’t control
Finding way out of it, I wasn’t sure
just wondering if I can find any cure
But time heals all the pain
after drought there always comes rain
Even though life seems to be full of jerks
but letting yourself down will never work
Parents’ love cannot be described in brief
and true friends are always beside us in our grief
There are many people who make life worth living
so cheer up and start dreaming
Just believe in yourself and your dreams
though impossible things may seem
Someday, somehow u’ll get through
to the goal u have in view
si pencarut tegar Nadya Joe at 8:35 AM 0 comments
Dec 12, 2011
Just Be Yourself !!!
u’re walking these halls like u’re superman,
Like u’re better than everyone,
but underneath the suit and mask u’re nothing,
u’re just like everyone else,
so why is it that when I catch u looking at me you think I’m different but the truth is
It’s been me all this time
Don’t think that I don’t know about all these
Rumors you've been spreading, u think it’s
Funny to say these things, but deep down
Inside u know they’re not true, so why even
Bother to hurt me haven’t u done enough,
Why do u have to hurt me just leave me alone
So why can’t you just give it up, hang up the
Mask and suit and be someone u want to
Be, not what everyone else wants u to be,
U know what u did was wrong, you saw
How it hurt me maybe one day u’ll step back
And reevaluate what you've done
Go ahead lie to my face and tell me
Those rumors aren’t true tell me it
Wasn't u, but u and I both know
It was u, so why can’t u just
Admit it tell me your sorry,
tell me what u did was wrong, I thought
U were better than this but I guess not,
You’ve become everyone else now,
Cause when u’re with me u’re someone else
but when u’re with your so called friends u’re a fake
It’s been me this entire time why
Can’t u see it’s me, I guess you’ve
Been too busy trying to impress others
with someone u’re not,
I hope one day u’ll stop letting others
make who u are and just be yourself
si pencarut tegar Nadya Joe at 7:55 AM 0 comments
Dec 9, 2011
Lost and Lonely...
si pencarut tegar Nadya Joe at 9:27 AM 0 comments
Dec 8, 2011
Take time...
si pencarut tegar Nadya Joe at 9:00 AM 0 comments
Dec 6, 2011
Happiness...
si pencarut tegar Nadya Joe at 1:26 AM 2 comments