BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 30, 2011

8 manfaat memiliki wajah yang kurang kacak

aku rasa tak ada siapa pun yang nak dilahirkan serba kekurangan ataupun bahasa yang agak kasar sikit hodoh.. 
ini kerana semua ingin lahir dengan rupa yang baik and membesar dan berkembang menjadi orang yang segak, menawan iaitu kalau lelaki menjadi kacak dan kalau perempuan menjadi cantik.. tapi apa kan daya.. kita tak boleh memilih dan penampilan merupakan anugerah dari Maha Kuasa..
sebenarnya orang yang memiliki wajah dan penampilan yang kurang menawan ni taklah selalunya buruk sebab sesuatu tu ada hikmah atau keunggulan tertentu yang belum tentu orang yang berpenampilan baik ada..
antaranya..

  1. tak banyak gangguan untuk mengembangkan potensi diri
  2. tak mengalami patah hati yang serius kalau break
  3. dapat jodoh yang serious dan baik
  4. lebih senang jaga keterunaan
  5. ada banyak peluang nak membuat lawan/orang yang disukai atau orang disekeliling rasa kagum
  6. gangguan yang sikit setelah berkeluarga
  7. kurang berpotensi untuk berlaku curang pada pasangannya
  8. lebih dihargai kerana kemampuan sendiri dan tahap keimanan
^_^v

Dec 26, 2011

10 sebab perempuan tak respect lelaki !!!

  1. dah ada awek kau nak pegang-pegang.. elok-elok awek ko pakai tudung, kau nak tengok rambut dia.. konon special untuk kau seorang.. bila awek ko tak nak kasi semua tu, kau cakap bye bye.. wah !! kau lelaki gatal !!
  2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau.. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak apa.. konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi.. pastu siap minta duit lagi kat mak.. weh !! kau lelaki tak boleh harap !!
  3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit dekat atm, dengan segala hormat kau kasi  dia beratur depan kau.. konon kau lah lelaki paling gentleman.. tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je.. siap pura-pura tidur sebab tak nak bersesak-sesak berdiri.. sah, kau lelaki tak bertimbang rasa !!
  4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. nampak saja ada awek cun, makin semangat kau.. kau rasa hisap rokok tu cool dan macho.. alahai, sebenarnya ramai dah perempuan reject kau sebab diorang tak nak cepat jadi janda..  kau lelaki yang tak peka !!
  5. bila kau bawa kereta, ada saja awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. padahal perempuan tu tahu kau punya kereta tu duit mak bapak kau.. bukan harta kau tapi harta bapak kau.. aduh, kau lelaki perasan !!
  6. bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat.. mencarut pun kuat-kuat.. f**k, s**t, macam-macam lagi kau nak sebut.. kau rasa kau sempoi bila mencarut.. tapi perempuan pandang kau lelaki tak beradab !!
  7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. bab agama kau aci mengelat.. hermm.. kau lelaki tak boleh buat suami !!
  8. kau suka kutuk-kutuk, gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. kau kata konon bajet cun.. abis yang kau ambil gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tu, kau rasa cool ? haishh.. kau lelaki yang tak cermin diri !!
  9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk.. konon modal perempuan merajuk dan air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa pula? wei, kau lelaki ego !!
  10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome.. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun tak ambil peduli.. alahai, kau lelaki pengotor !!
p/s: untuk suka-suka.. tak semua lelaki macam ni.. and bukan semua lelaki ada semua ciri-ciri ni.. dalam duni ni ramai lagi lelaki yang baik-baik.. huhuhuhu
^_^v

Cantiknya lelaki dan gagahnya wanita

kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani..
lelaki yang cantik adalah..

  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada
  • Lelaki yang baik sangka
  • Lelaki yang tak pernah putus asa
kecantikan lelaki berdiri di atas kemulian hati.. seluruh kacantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..
dan dimana kegagahan wanita?
kegagahan wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.. 
perempuan yang gagah adalah
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di peuhi segala keinginan
kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.. seluruh kegagahan yang ada pada khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..
^_^v

Dec 23, 2011

Bila perempuan menangis

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ? mungkin anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..
seorang perempuan tak akan menangis dengan mudah, tetapi hanya bila dia mula menyintai and, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata untuk anda..
apabila dia menangis di hadapan anda, apabila dia menangis kerana anda, pandanglah matanya..
bolehkan anda rasa apa yang dia rasa ?
pernahkah anda cuba memahami apa yang dia rasa ?
fikirkan..
berbaloikah dia menangis,
dihadapan anda,
hanya kerana anda?


dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
dia menangis,
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan,
kerana dia tidak lagi mampu menangis didalam hati..


Guys,
cuba ambil masa untuk berfikir,
jika sidia menangis hanya kerana anda,
mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali mana silap anda,
kerana hanya anda tahu jawapannya..


Fikirkan,
kerana suatu hari nanti,
ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
atau terlalu lambat untuk mengucapkan ''maafkan saya..''


Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.. beradalah di sisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda..


Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.. kerana anda akan merosakkan hidup dia..


Guys,
jangan pernah mengungkap rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.. hanya anda kan membuatkan si dia menangis dan sengsara.. mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.. 

^_^v

Dec 22, 2011

Hati seorang wanita

Sensitif
bukan bermaksud suka merajuk.. tetapi cuma nak bermanja dan mendapatkan perhatian..
Cerewet
bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala.. cuma wanita ini sukakan ketelitian.. cermat.. dan kadang-kadang teringin juga lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala..
Halus
bak sutera halus, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak.. walaupun sorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran.. bukan sebagai DENDAM.. faham !!
Ikhlas
ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui.. yeah !!
Korban
wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang disayangi, ibubapa, anak-anak dan suami.. wanita amat tabah..
Prihatin
sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling.. 
Manja
walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita.. suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.. bukan gatal.. tetapi lumrah..
Ego
wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai..
Cinta
cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..
Seks
seks bukanlah segala-galanya buat wanita sebab wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal.. nafsu yang banyak tak tertumpu pada satu saja.. lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu.. fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan..


peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.. wanita diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.. maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita..

^_^v

Lelaki vs Wanita

  1. salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi.. dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi !!
  2. menurut satu kajian, kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita.. dan menurut satu kajian lagi, kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang, terlupa bini kita !!
  3. selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tetapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran !!
  4. wanita memang pemurah.. sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit dekat shopping complex tiap-tiap minggu..
  5. orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu.. tarik muncung empat, lima depa time merajuk !! sekali pandang lipstik dekat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna dia tak sama sebenarnya.. ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah !!
  6. menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri.. dan satu lagi kajian 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami..
  7. adalah orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya !!
  8. binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik.. manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !!
  9. wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up.. nampak sangat mereka satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up !!
  10. orang perempuan akan membelek muka di depan cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali juga semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali.. ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja yang tak berfaedah tengok muka sendiri !!
  11. menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda berbanding lelaki.. ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata !!
^_^v

10 sifat calon suami yang baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut

  1. Kuat amalan agamanya.. menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.. auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.. sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan..
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia..
  3. Tegas mempertahankan maruahnya.. tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya..
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan..
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut.. tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap..
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian..
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.. rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama..
  9. Bertanggungjawab.. lihatlah dia dengan keluarga da ibubapanya..
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan..
^_^v