manusia.. tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. seringkali kita alpa dengan perbuatan yang telah kita lakukan sehingga mengecilkan hati dan menimbulkan rasa kebencian pada sebelah pihak tanpa kita sedar.. meskipun perbuatan kecil atau besar.. setelah itu, barulah kita sedar dengan apa yang telah kita lakukan.. sedar.. sedar kerana ada yang sudah mula membenci.. tetapi apa-apa pun, perkara sudah terjadi.. sekalipun kita menyesal dengan perbuatan yang dilakukan.. masa tidak boleh diulang kembali.. kata-kata tidak mampu ditarik kembali.. air mata yang sudah menitis tidak boleh disekang lagi.. hanya kesalan yang mula membelenggu diri.. seharus juga mereka sedar, kenapa? mengapa? dan atas sebab apa kita berkelakuan sedemikian rupa? setelah kehilangan segalanya, membuatkan diri lebih berhati2.. apa yang akan terjadi selepas ini? terserah dan berserah padaNya.. Dia yang menentukan perjalanan kita..
Mar 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment