BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mar 31, 2012

Pasangan anda tak matang?? yang sebenarnya...

korang rasa dia :
terlalu manja..
mengongkong korang..
semua gerak geri korang mesti kena bagitahu..
suka sangat tak bagi kita buat sesuatu benda dengan alasan dia tak suka tapi bila korang larang dia, tak boleh pula..
pantang ditegur..
cepat sangat terasa..
kuat sangat merajuk, susah nak pujuk pula tu..
selalu sangat cakap lain, tapi buat lain..
cakap lebih, tapi habuk pun tarak..
fikir dia saja yang betul..
berlagak macam dia faham korang sangat dah..


tapi sebenarnya :
pada masa korang fikir pasal boy atau girl korang, korang sedar tak.. yang sebenarnya korang punya perangai pun macam tu juga.. korang yang kena muhasabah diri yang sebenarnya.. setiap orang ada kelemahan sendiri dalam relationship.. so, sebelum korang nak nilai boy atau girl korang tu, korang nilai lah diri korang tu dulu.. bila salah seorang ada kekekurangan dan kelemahan, sorang lagi kena lah terima kelemahan masing2.. insyaAllah ada jodoh tak kemana pun kan.. adat lah kot bercouple, gaduh2 manja gitu.. boleh eratkan hubungan.. 

^_^v

Mar 25, 2012

Tentang rasa...

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkan ku lepas penatku
tuk sejenak lelah di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
ku titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

Mar 24, 2012

Part 1...

Dear future husband...


i can't promise u that i always agree.. i can't promise u that i always tell u what's wrong.. i can't promise that i will always be able to ease your pain.. i can't promise that i will never get on your nerves.. but i promise u that i always be there for u.. i will smile with u and i will cry with u.. i will care for u when u get ill.. i will cook for u and try to make it nutritious and delicious.. i will care for our kids with all the love i have.. 

^_^v

Mar 23, 2012

Macam mana nak jadi pasangan yang baik...

Terima seadanya
jangan sesekali cuba ubah pasangan ikut selera tekak kita.. ingat, pasangan yang akan kita kahwin tu pilihan kita sendiri.. jangan terlalu nak kan kesempurnaan kalau diri sendiri tak sempurna juga.. kita kena terima segala kekurangan pasangan sebab tak ada manusia yang sempurna pun.. fikir kebaikan pasangan daripada fikirkan kekurangan dengan keburukan dia saja nak buat apa..
Kawal perasaan
apabila tengah marah atau ada hal yang mengganggu, better bertenang dan tanya pada pasangan anda.. cuba elakkan dari tuduh melulu tak tentu pasal atau tinggi suara yang akan boleh memulakan pergaduhan.. pasangan akan menghargai kalau kita pandai bertenang bila hadap suatu situasi..
Jangan ungkit kisah lalu
berhenti dari ungkit kisah lalu yang negatif.. tak ada siapa yang nak ingat kesilapan yang mungkin kenangan pahit atau suatu yang memalukan.. jangan jadikan kesilapan lalu pasangan senjata setiap kali berlaku pertengkaran..
Kurangkan rasa cemburu
ok.. setiap individu memang tak boleh lari dari rasa cemburu.. cemburu yang keterlaluan patut di elakkan sebab boleh buat bergaduh besar dan tak selesa pada diri sendiri.. cinta ni kena dibina atas dasar percaya pada pasangan..
Jujur
jujur perkara penting dalam hubungan.. jangan pernah menipu pasangan sebab menipu ni punca utama kepada perpisahan.. kalau rasa kecil hati, bagitahu pasangan, kita kecil hati.. cakap dengan tenang, tak perlu tinggi suara...


*so, siapa yang bersalah kalau kita tak bahagia dengan pasangan kita?

^_^v

Perkara yang orang rasa pelik dalam relationship tapi sebenarnya tak pelik pun...

kadang2 tu kita akan rasa pelik pada suatu perkara yang berlaku dalam relationship kita.. so, ada beberapa perkara yang pelik dalam relationship tapi tak berapa pelik pun sebenarnya.. bhahahaha


Layanan
problem ni memang biasa sangat berlaku pada orang perempuan.. awal2 relationship layanan pasangan biasanya baik & romantik.. tetapi apabila hubungan menjangkau satu jangka masa yang panjang, ianya akan berubah dingin.. sebenarnya problem ni normal, apa yang lagi penting cara pasangan kita tangani problem tu..
Penipuan
setiap pasangan mesti ada menipu atas sebab2 tertentu.. mungkin dia memang sengaja menipu kita atau mungkin juga dia terpaksa menipu untuk jaga maruah sendiri ataupun orang lain.. penipuan tu pun suatu yang normal sebenarnya cuma apa yang pelik, tahap penipuan yang dilakukan..
Jatuh hati pada orang lain
dah jadi fitrah semulajadi manusia ada perasaan dan akan buat mereka jatuh hati pada orang lain.. perkara tu memang tak boleh di halang.. apa yang lebih penting, cara kawal perasaan mereka.. perkara yang kita lakukan terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal yang waras biasanya di pengakhiran cerita, menghasilkan keputusan yang rugi..
Tabiat buruk
setiap manusia ada tabiat buruk yang ada kalanya buat orang lain tak selesa termasuk couple sendiri.. bila kita dah pilih cara hidup bercouple, kita sepatutnya dah get ready untuk terima benda macam ni dan tahu cara untuk tangani..  bukannya kerja nak merungut benda pelik yang ada pada couple tu.. kita kena ingat juga, bukan kita saja yang kena hadapi perkara macam ni, orang lain pun..
Perhatian
apabila couple kita beri lebih perhatian pada family dia daripada kita, sebenarnya tak lah berapa pelik.. terutamanya pada lelaki.. sebenarnya mereka memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding perempuan..


*so tak ada lah pelik sangat...

^_^v

Mar 17, 2012

Jenis lelaki yang perempuan tak berapa nak suka...

  1. Lelaki yang tak boleh nak bagi komitmen.. selalu kata relax, belum puas nak enjoy lah.. macam tu ke calon nak jadi suami? sorry and goodbye to you lah kan.
  2. Lelaki yang tak pandai berdikari dan tahu mengeluh.. asyik nak mengeluh, asyik nak harap orang buat kan.. ingat ada babu nak layan kau? ada kaki ada tangan kau pergi buat sendiri lah.
  3. Style lelaki manja & mengada-ngada.. ewww... geli betul.
  4. Lelaki ego buat perempuan menyampah.. kau ingat kau handsome? ego tak bertempat, blah lah kau.
  5. Asyik dia betul, asyik dia nak menang.. dah lah tak nak mengaku salah, lepas tu nak tunding salah pada orang lain pula.
  6. Lelaki pendendam.. kalau dah break tu, tak payah nak meroyan. sampai nak ugut2 pula. siapa nak orang meroyan macam kau.
  7. Rambut cacak budget david beckham. tak payah nak perasan, tak payah nak handsome sangat. entah2 dekat rumah macam tongkang pecah.
  8. Lelaki kedekut. dengan awek sendiri pun nak kedekut. kalau dengan kawan2, kau berabis berjuta2.. bila susah, awek kau juga yang kau cari.
  9. Yang budget single. cakap saja lah kau dah tunang, kau dah kahwin.. susah sangat ke? tak ada perempuan nak layan lelaki gatal macam kau.
  10. Mata keranjang. cungkil biji mata baru tau. biar buta.
  11. Yang kuat merajuk mengalahkan perempuan. sakit kepala otak nak layan perempuan macam ni. huh!!
^_^v

Mar 1, 2012

Cukuplah mencintai dalam diam...

kalau kita suka kan seseorang,
jangan bagitahu dia
nanti tuhan kurangkan rasa cinta pada dia..


tapi luahkan pada Allah, 
bagitahu Allah.. 
Allah maha mengetahui siapa jodoh kita...


cinta dia dalam diam.. 
dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
jika benar cinta itu kerana Allah, biarkan ia..
mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya..
ia berhulu dari Allah, maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
ketika kau mendambakan cinta yang sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..
ketika kau merasa bahawa kau mencintai kan seseorang,
namun kau tahu cinta kau tak berbalas,
Allah SWT tahu pa yang ada di depanmu dan dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu...


cukup cintai dalam diam
bukan membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurganya
bukan kerana lemah menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan...


cukup cinta dari jauh
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan...


jangan memberi harapan pada yang belum pasti
kelak ada insan yang bakal dilukai
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki
nanti hati yang kecewa sendiri...


apabila tiba saatnya kamu disatukan, serahkan segalanya isi hatimu kepadanya.. dia pasti bahagia menerimanya.. tetapi jika waktu itu belum tiba, biarlah ia menjadi rahsia antara diri mu dan sang pencipta...

^_^v