BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 5, 2011

fahami 2... ^_^v

'sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya yang bercerita'


conclusion: kadang2 apabila seseorang kawan itu banyak bercerita dari mendengar itu tak bererti dia tidak memahami hati dan perasaan kawannya. kemungkinan dia takut untuk mendengar, kerana dia merasakan dia tidak mampu berbuat apa2 sementelah mendengarnya. dan mungkin juga kita hanya mahu dia sekadar mendengar saja. tetapi sebagai seorang kawan yang mendengar, dia mahu lakukan lebih dari itu untuk kawannya sendiri. dan janganlah kita sesekali meminta dia memahami hati kita tetapi fahamilah hati dia juga... dia juga seorang manusia biasa yang ada banyak kelemahan, punyai rasa takut, ada rasa bimbang, sedih, kecewa... 

apa yang kita alami kerana kawan2 kadang2 menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai2 yang indah. sebenarnya persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan dan disakiti, diperhatikan dan dikecewakan, didengari dan diabaikan, namun semua ini tak penah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian...

proses dari kawan kepada sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan kasih dari orang lain, tetapi dengan itu ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya... kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego...

peace!! ^_^v

0 comments: