Ya Allah ...
Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai seorang umat islam
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku insan yang di sayangi ahli keluarga
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi insan yang terbaik
Hanya padaMu Ya Allah ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujia dariMu
Ya Allah .. Sesungguhnya diriku ini Hanyalah HambaMu yang Lemah dan Fakir
Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah , atas segala Dosa-dosa yang telah aku lakukan
Amin, amin Ya Rabbal Allamin
0 comments:
Post a Comment