BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Apr 12, 2012

Cari kawan cari sahabat...

entry hari ni kita cerita pasal kawan ataupun sahabat pula ok.. kalau kita nak tahu perangai seseorang tu, kita tengok  perangai sahabat ataupun kawan2 dia tu.. kalau baik sahabat dia, insyaallah dia pun baik.. kalau kawan dia tu perangai macam syaitan, besar kemungkinan dia pun macam syaitan.. haruslah cari sahabat yang baik akhlaknya.. 
#1 pilih sahabat yang suka melindungi sahabatnya, sebab dia adalah hiasan diri kita dan kalau kita kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan..
#2 pilih sahabat bila korang hulurkan tangan untuk tolong atau bantuan, dia menerima dengan rasa terharu.. 
#3 pilih sahabat bila korang minta sesuatu dari dia, dia mesti bagi.. bila korang dalam kesukaran dan kesedihan, dia suka membantu dan menghiburkan korang..
untuk dapat sahabat yang baik, kita sebenarnya kenalah jadi sahabat yang baik pada orang lain.. kalau diri kita dianggap sebagai seorang sahabat yang baik, nanti kita akan dapat sahabat yang baik juga..

^_^v

Apr 9, 2012

Tanda2 korang dah jumpa soulmate...

untuk seseorang perempuan tu memilih lelaki yang sesuai dengan dia memang satu proses yang sukar.. memang berbeza dengan lelaki yang suka pentingkan kecantikan fizikal.. lebih menyusahkan bila ia melibatkan mengenai soal pilih pasangan hidup.. apa tanda korang dah jumpa soulmate korang..


Korang berkongsi kepercayaan yang sama..
nilai sesuatu relationship ni mengenai macam mana korang kongsi saat bersama. walaupun korang ada tak bersetuju dengan semua benda, apa yang penting sekarang mengenai kepercayaan korang dalam relationship..
Bagaimana dia mengawal pergaduhan..
bohong lah kalau korang kata korang tak pernah selisih faham dengan couple korang. bergaduh bukan masalah utama, apa yang penting macam mana couple korang kawal pergaduhan. korang puas hati ke?
Bagaimana dia melayan orang lain..
manusia tak hidup sorang2. masing2 ada komuniti sendiri. macam tu juga korang, selain couple korang, mesti ada orang lain yang lebih penting. korang suka cara couple korang layan orang yang turut penting dalam life korang?
Bagaimana dia melayan anda depan orang lain..
kalau korang dapat rasa sesuatu istimewa walauapun pada masa yang sama dia kena juga melayan orang lain, dah nampak yang korang adalah orang penting dalam hidup dia..
Adakah dia memahami anda..
macam mana dia dengar pendapat atau isi hati korang walaupun dia tak setuju dengan korang luahkan?
Adakah dia seorang yang bertanggungjawab..
kalau dia hanya bagi beban pada korang, makna dia bukan lah lelaki yang sesuai nak jadikan pasangan hidup..

^_^v

Apr 8, 2012

Sudah cukup sudah...

inikah caramu membalas cintaku
kau nodai cinta yang ku beri
inikah caramu membalas sayangku
kau lukai sayangku untukmu
teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkan ku sesuka hatimu
sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja
daripada hati gelisah
cintaku kau balas dengan dusta

sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja

daripada batin tersiksa
lebih baik ku pergi saja
telah berulang kali
ku cuba mengalah
ternyata sabarku tak bererti untukmu

Apr 4, 2012

Jenis lelaki yang memang patut kena tinggal...

Lelaki yang senang ucap kata sayang.. 

tapi tak nak dan tak bersedia untuk jalinkan relationship yang lebih serious walaupun korang dah kenal dia bertahun lama.. kalau jadi macam ni, dah terang2 korang bukan orang yang dia nak and tak pernah ada dalam kamus hidup dia..
Lelaki yang sentiasa sangat call korang..
selalunya lelaki jenis macam ni suka cakap dengan kata2 manis bila korang diperlukan.. tapi bila korang memerlukan dia, haram dia muncul..
Lelaki yang ajak korang keluar sebagai teman tapi mesra..
kemana saja korang mesti berdua.. dah ibarat macam merpati dua sejoli.. malang sekali, dalam hati lelaki tu tak ada langsung korang.. jangan buang masa korang dengan lelaki macam tu..
Lelaki yang dah ada kekasih hati..
selalunya lelaki jenis macam ni banyak sangat makwe dia.. dekat dengan korang pun cuma nak memenuhi nafsu dia saja..
Lelaki yang rasa dia saja betul..
apa saja pandangan korang semua salah pada dia.. selalunya bila kita ada relationship dengan lelaki macam ni, confirm kita selalu kena marah and kena tengking..
Lelaki yang pentingkan diri dan naif..
selalunya lelaki macam ni tak berapa nak faham kehendak perempuan..walaupun korang dah berterus terang, dia tetap endahkan.. lelaki jenis macam ni selalu anggap semuanya remeh.. dah kenapa?
Lelaki yang tak tahu kehendak diri sendiri..
cuba bayangkan macam mana dia nak faham masalah korang kalau hidup bersama nanti.. ewww
Lelaki yang tetap mengganggu korang..
walaupun dah bagitahu korang sibuk, dia tetap tak peduli.. lelaki macam ni selalunya nak berkepit siang malam..
Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain..
lelaki macam ni sebenarnya kuat cemburu and sedaya upaya buat korang tak contact dengan lelaki lain.. relakah anda dikongkong lelaki seperti ini?
Lelaki yang tak dapat layan korang sebagai perempuan..
lelaki macam ni tak kan nampak ciri kepimpinan dia.. macam mana korang nak letak harapan pada lelaki macam ni?
^_^v

Apr 1, 2012

November #

Banyak helah..
Teliti dalam perhubungan..
Amat berahsia..
Degil..
Tidak suka dikongkong..
Mudah ambil berat..
Tidak menghargai perhubungan..
Perangai tidak dapat diramal oleh pasangan..
Kurang menghargai pasangan dalam hal2 cinta..
Kurang bersama dengan pasangan..

^_^v

Mar 31, 2012

Pasangan anda tak matang?? yang sebenarnya...

korang rasa dia :
terlalu manja..
mengongkong korang..
semua gerak geri korang mesti kena bagitahu..
suka sangat tak bagi kita buat sesuatu benda dengan alasan dia tak suka tapi bila korang larang dia, tak boleh pula..
pantang ditegur..
cepat sangat terasa..
kuat sangat merajuk, susah nak pujuk pula tu..
selalu sangat cakap lain, tapi buat lain..
cakap lebih, tapi habuk pun tarak..
fikir dia saja yang betul..
berlagak macam dia faham korang sangat dah..


tapi sebenarnya :
pada masa korang fikir pasal boy atau girl korang, korang sedar tak.. yang sebenarnya korang punya perangai pun macam tu juga.. korang yang kena muhasabah diri yang sebenarnya.. setiap orang ada kelemahan sendiri dalam relationship.. so, sebelum korang nak nilai boy atau girl korang tu, korang nilai lah diri korang tu dulu.. bila salah seorang ada kekekurangan dan kelemahan, sorang lagi kena lah terima kelemahan masing2.. insyaAllah ada jodoh tak kemana pun kan.. adat lah kot bercouple, gaduh2 manja gitu.. boleh eratkan hubungan.. 

^_^v

Mar 25, 2012

Tentang rasa...

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkan ku lepas penatku
tuk sejenak lelah di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
ku titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa