BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 29, 2012

Jenis lelaki yang aku rasa perempuan suka...

Bersih lagi kemas

for sure laa benda ni paling penting.. sebab perempuan ni suka benda yang perfect gitu.. tak payah nak buat plastic surgery atau cucuk botox semata2 nak muka macam tom cruise.. apa yang penting, ambil berat pada diri sendiri saja.. make sure keluar tu badan bau wangi sikit, jangan sampai orang bau peluh jantan korang.. muka tu pun biar laa bercuci, tak cool kalau keluar dengan muka berminyak korang.. rasa boleh nak perah minyak dekat muka korang tu.. baju tak payah nak kancing sampai tersekat leher, cukup kemas and tak renyuk cukup.. gigi pun penting, tak guna juga muka smart tapi gigi kuning macam hantu raya.. 
Gentleman ok bukan gentelman
kalau dah smart, pandai2 laa marketkan diri tu sikit.. kalau nampak perempuan tu macam kusut ada masalah, cuba try dekat and cakap dengan suara macho korang.. 'awak macam ada masalah saja, ada yang boleh saya bantu?' perghhh confirm cair tangkap lelah beb.. korang kena tunjukkan yang korang boleh buat dia dihargai..
Faham diri dia
perkara ni banyak buat lelaki failed.. sebab lelaki tak banyak bersabar.. kalau dia nak share masalah, biar dia cakap dulu, lepas tu korang boleh bercakap.. kalau dia nak bercakap, korang pun nak bercakap.. macam mana nak faham dia kalau macam tu?
Tenang lagi penyabar
yang ni kena banyak main peranan sikit.. walaupun belajar tak tinggi mana, tapi korang amalkan sikap macam ni, dah cukup buat perempuan tertawan.. sebab diaorang tahu, korang fikir guna kepala otak bukan kepala lutut.. tenang tenag juga.. sabar sabar juga.. senyum jangan lupa.. senyum biar ikhlas, bukan senyum macam orang gila seks!
Matang
bila korang pandai bawa diri, boleh buat perempuan tergila2.. kiranya kalau korang tercampak dekat hutan sorang2, korang boleh hidup dengan buat keputusan korang sendiri.. kalau perangai tak matang, pernagai pun macam budak2.. buat muka air liur meleleh, muka bodoh2 kengkonon kiut.. macam mana laa nak nampak keyakinan diri korang tu?? 
^_^v

May 17, 2012

Ego lelaki tinggi !!!

memang lah setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai sifat.. dan kadang kala kita tak pernah sedar sifat kita.. tak kira lah lelaki ke perempuan ke, mesti ada satu sifat yang susah nak buang.. iaitu sifat ego !!!
aku bercakap berdasarkan pengalaman sekeliling aku.. sampaikan kadang2 aku terfikir.. kenapa lelaki ni susah sangat nak mengaku salah dia ??? tinggi betul ego diaorang.. susah sangat nak mengaku salah dan lagi susah nak mengalah.. lepas tu, salah tu diaorang tolak pada pihak lain !!! sungguh tidak suka !!!
Jenis lelaki ego
Jenis nak menang..
lelaki memang susah nak mengaku salah dan mengalah.. pada diaorang, diaorang sentisasa nak menang dan betul dalam semua benda.. choiii
Jenis tak terima pandangan orang
kalau yang jenis macam ni memang payah sesangat nak dibawa bincang.. kalau hitam kata dia, hitam lah.. kalau putih kata dia, putih lah.. 
Jenis berharta
Kaya sebab harta mak bapak.. kalau kaya atas usaha sendiri tak apa juga.. tak payah nak tunjuk sangat ego guna harta mak bapak !!!
Jenis hot
muka jambu, handsome.. cukup dah pakej, mula lah ego tak bertempat !!! tak payah nak riak sangat !!! Allah boleh tarik bila2 masa saja !!!
Jenis jatuh maruah
tak salah nak mengaku silap korang.. walaupun salah korang pada ornag perempuan.. korang minta maaf saja, tak jatuh pun maruah..

^_^v

Sahabat...

kawanku
jika ada saudaraku yang lain diantara kakak dan adikku itu pastilah kau


saudaraku
kita sama menyusuri ombak kecil jikala pasang
berpanas ceria dikala terik


sahabatku
kita mungkin saja pernah menghempas tangis berdua
bertindih susah bersama2
bermandi keringat tanpa jemu
tapi aku tak akan pernah gembira tanpa kamu ditanah baru nanti

sahabatku
akan tiada lagi kita berdebat
tak akan pernah lagi berlumba 
di tanah baru mungkin akan gersang tanpa kamu

sahabatku
percaya lah perpisahan ini tidak membawa kesenangan kepadaku
namun ini harus ku jalani
namun kelak kita akan bersua kembali
dengan mengulang kisah2 kita ini..

special tag : nur raihan, siti nurhawa, saidatul nabilah, asmaa hazwani, fatin azreen

May 15, 2012

setiap kata ada maknanya (episod dua)...

Kalau lelaki kata : ok laa awak, kita sembang lain kali laa ye..
Maknanya : memang kami busy pun.. tak ada nak kias apa2..
Kalau lelaki kata : tak apa, tak kisah..
Maknanya : memang kami tak kisah pun, tak ada nak perli2 atau sinis2..
Kalau lelaki kata : kita kawan saja laa ea? i memang suka you tapi sebagai kawan saja..
Maknanya : sebab lama sangat kawan, so dah terbiasa.. tak boleh nak develop feeling more than friend.. masa nak dulu, kau jual mahal kan.. 
Kalau lelaki kata : ehh.. you call i ea tadi? sorry tertidur laa..
Maknanya : memang tidur pun.. so?
Kalau lelaki kata : next time saja laa kita keluar.. i busy sangat ni.. nanti dah free i call you ok?
Maknanya : kami ada kerja.. tolong laa faham.. untuk future kau juga..
Kalau lelaki kata : i ni sebenarnya tak laa memilih sangat..
Maknanya : memang kami tak memilih pun.. biar sedap mata memandang.. tak semestinya kena lawa..
Kalau lelaki kata : i tak kisah penampilan you macam mana pun..
Maknanya : jangan laa make up sangat.. penat kot tunggu..
Kalau lelaki kata : lain kali kita keluar lagi ea? i ada hal..
Maknanya : lepas ni aku nak keluar lagi tau dengan kau..
Kalau lelaki kata : you kerja mana? as what?
Maknanya : minta2 laa kerja biasa2 saja.. kalau  kerja besar, selera kau pun besar.. hantaran besar.. demand tinggi.. nak jaga standard laa katakan.. 

^_^v

May 12, 2012

masa couple masa kahwin...

  • masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam tangan si pakwe.. siap bercium tangan bagai.. kengkonon nak jadi isteri solehah.. lepas kahwin, dah beranak pinak, si suami ank pergi kerja, tak ada pula si isteri nak cium tangan..
  • masa couple, kalau awek nak pergi mana2, wajib katanya minta kebenaran pakwe dia dulu.. kalau pakwe tak bagi keluar, jangan harap lah dapat keluar.. kengkononnya derhaka lah kalau ingkar cakap.. tapi dengan mak abah boleh pula derhaka.. lepas kahwin, dah beranak pinak, si isteri dah tak minta kebenaran suami nak keluar..
  • masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat.. tak nak bagi orang lain nampak rambut.. tapi bila webcam, send gambar pada pakwe, tak cover pula rambut dengan aurat.. kengkononnya nanti dia nak jadi suami juga.. nak jadi halal juga nanti.. kengkonon lagi semuanya untuk abang sayang sorang..
  • masa couple, bila time lepak dengan kawan2, semua sebuk dok cerita kehebatan pakwe atau makwe masing2.. cakap tak nak kalah.. bila dah kahwin, beranak pinak.. bila borak dengan kawan2, semua sibuk dok cerita kekurangan dan keburukan suami atau isteri masing2..
  • masa couple, bila pakwe cakap tu, makwe wajib ikut.. kengkononnya nak jadi suami yang tegas lah nanti.. bila dah kahwin, beranak pinak, isteri jadi queen control.. suami ikut saja telunjuk isteri.. suami berdosa sebab dayus, isteri berdosa sebab control suami.. dimanakah taat setia kamu sebelum kahwin wahai perempuan? mana pula sifat tegas dan juga kepimpinan sebelum kahwin dulu wahai lelaki?
^_^v

May 11, 2012

.....

Pemurahlah
engkau tidak akan papa
bersedekah lah selalu
engkau tidak akan disia-sia kan
jadikanlah pemurah itu budaya hidupmu
engkau akan dekat dengan Tuhan, dengan manusia, dengan syurga
jauh dengan neraka
Bakhil jauh dengan Tuhan
jauh dengan manusia, jauh dengan syurga
dekat dengan neraka
pemurah itu menghilangkan hangat kubur
penaung di Mashar, penutup aurat di akhirat
orang yang pemurah di hujung umurnya dapat hidayah
orang yang bakhil walaupun ahli ibadah selalunya su'ul khatimah
pemurahlah
ia akan menambah rezeki, menambah harta
membuang ego, disukai Allah
bila pemurah sudah hilang di dalam kehidupan
datang lah kemurkaan Allah
akibatnya akan ditimpa bermacam malapetaka
diantaranya Allah akan timpakan papa kedana
saudagar akan muflis
orang kaya kehilangan harta
pemerintah dan pentadbir pening kepala
orang awam turut menderita
orang jahat mengambil kesempatan
huru hara pun bermaharajalela
untuk memulihkan semua kestabilan
jauhkanlah dosa
hidupkan kembali sifat pemurah
hingga ia menjadi budaya

May 7, 2012

Salam untuk kekasih...

disebalik kalbu
yang semakin layu
terbenam rasa rindu
terkunci suara hati
tiada siapa tahu
dimanakah kasih
tak seperti dulu
kata kau sayangkan ku
benarkah itu
walau kehadiranku 
hanya lah sementara
bukan salahmu sayang
kiraa kau jatuh cinta
akan ku pergi jauh
takkan kembali
salam maaf permisi ku undur diri
kini ku bersara
dengan langkah baru
menyisih luka ini
kekasih sekeras aku
terhiris kerna kamu
ku tinggalkan cinta
kisah yang berlalu
kisah kenangan kita
hanya kau tahu
walau kehadiran mu
bagai kan menghiasi
bukan caraku sayang
harap engkau mengeti
permergianku ini tak ku relai
salam maaf permisi ku undur diri

Kecantikan adalah ujian, bersyukur seadanya...

Dah jadi fitrah manusia sukakan kecantikan dan nak kan kecantikan.. cantik tu satu anugerah.. tapi percaya atau tak, kecantikan tu sebenarnya satu ujian.. tapi kena ingat juga, cantik tu subjektif..
mungkin ada yang memiliki muka cerah dan licin tapi tak nampak seri, mungkin juga ada yang gelap dan biasa tapi manis dipandang..
kenapa kecantikan adalah ujian?
Kecantikan sebagai anugerah..
-tingkatkan rasa syukur
-keyakinan diri tinggi
-sedap mata memandang
Si cantik yang ada wajah licin bersih, seharusnya bersyukur sebab tak perlu berat kepala fikir macam mana nak atasi masalah kulit 
Kecantikan sebagai ujian...
-dijadikan bahan komersial
-disayangi hanya kerana rupa
-timbulkan riak dalam hati
Sicantik selalu jadi mangsa jerat cinta si lelaki yang pentingkan rupa semata2.. bila cantik tu hilang, hilang lah cinta si lelaki.. kan tu satu ujian.. lebih baik lah mereka yang sederhana paras rupa, yang disayangi bukan sebab rupa semata2..apa pun, bila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata, keyakinan diri, semangat, semuanya hilang..
so, bersyukur lah dengan apa yang ada sebab semuanya tak kekal selamanya...

jadi bunga seindah mawar berduri,
yang menjadi impian setiap muslimah,
yang indahnya bukan untuk lelaki,
tetapi untuk pemata yang bernama suami.
^_^v

May 6, 2012

Perspektif jodoh...

Yang salah: jodoh tak payah dicari
Yang betul: Allah suruh manusia berusaha

Yang salah: perempuan hanya perlu menunggu
Yang betul: Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah

Yang salah: perempuan selalunya tak banyak pilihan, lelaki saja banyak pilihan
Yang betul: perempuan berhak memilih

Yang salah: alang2 dah terlanjur, teruskan saja.. tak mungkin akan jumpa lelaki/perempuan yang baik
Yang betul: Allah selalu membuka pintu taubat pada hambaNya

Yang salah: couple yang banyak beza dalam relationship tak kekal lama
Yang betul: perbezaan boleh jadikan couple lengkap melengkapi

Yang salah: janji manis pasangan harus dipercayai 'i tak ada harta tapi i ada cinta'
Yang betul: lelaki macam tu sebenarnya tak bertanggungjawab sebab tak kumpul harta untuk sara bakal pasangan dia..

^_^v




May 3, 2012

Nak putus cinta?!!

Hokhoho.. cinta tu tercipta dari dua jiwa yang sayang antara satu sama lain.. tapi kadang2 tu kan, kita kena terima cinta seseorang tu semata2 nak jaga hati si dia sebab nak jaga hati si dia dan perhubungan kawan yang sedi ada.. tapi apa makna sesuatu relationship tu kalau satu pihak je yang rasa cinta? cinta ke tu? ooo tidak!!
perlu ke kita putuskan saja? semua terpulang pada diri sendiri.. apa yang penting cuba laa try untuk sayang dia sebelum terus tolak dia ataupun sekurang2nya bagi dia peluang untuk buktikan dia terbaik untuk korang.. mungkin dia yang terbaik untuk korang.. tapi, kalau korang tak nak lagi pendam2 bagai, buat apa paksa diri.. kalau korang kesiankan dia, siapa pula nak kesiankan korang? haa fikirkan..
Terus terang..
ini cara paling terbaik.. terus terang tak perlu bazir banyak masa dan mainkan perasaan dia.. tak payah guna sms, email atau cara lain.. face to face lagi molek.. 
Elak terus memberikan harapan..
kalau hati dah nekad nak putus, buat apa bagi harapan lagi? stopkan layanan istimewa korang pada dia.. jangan bagi harapan palsu atau niat nak mainkan dia.. biar dia perasaan korang sampai dia fikir korang bukan milik dia..
Busykan diri korang..
jarakkan diri korang dari call atau sms dia.. bagi alasan korang busy, penat, tertidur atau apa saja.. 
Elak dari ada kaitan dengan dia..
kalau sebelum ni facebook, myspace, tagged, friendster korang penuh gambar korang dengan dia, buang saja.. tukar relationship korang pada single.. kadang2 kena sakitkan hati dengan tulis status yang kornag single.. 
Jadi seseorang yang dia benci..
jadilah orang yang dia benci! buat apa yang di benci!


*kadang2 korang kena fikir juga, siapa korang nak tolak cinta yang akan datang..

^_^v