BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Apr 27, 2012

Tanda dia bukan untuk kita...

cinta cinta dan cinta.. semua orang perlukan cinta.. tapi macam mana kalau apa yang dah kita dapat, kita tak perlukan.. dan apa yang kita perlukan, susah untuk kita dapatkan.. maybe masa awal2 bercinta dulu, dia lah yang terbaik daripada yang lain, walaupun dia selalu sakitkan hati kita..
so, ada tanda yang boleh dipertimbangkan kot samada dia untuk kita atau tak..

  • contohnya dia perokok sedangkan dia tahu korang alergi asap rokok..
  • contoh juga, korang suka jalan2 dengan kawan2 korang tapi dia nak berduaan saja dengan korang dan tak suka ada orang lain selain kamu..
  • dia terlalu ego dan tahu fikir keinginan dia saja dan korang mengalah atas sebab tak nak bergaduh lama2..
  • dia nak korang ubah sikap korang macam yang dia nak.. tapi dia sikit pun tak nak ubah sikap dia yang memualkan..
  • terlampau over.. mana korang pergi, dengan siapa korang pergi dia mesti nak tahu dan akan ikut kemana saja korang pergi.. sampaikan rasa tertekan..
  • terlalu cemburu dan tak pandang dengan siapa dia cemburu..
  • tak hargai korang depan kawan2 korang atau kawan2 dia.. suka2 hati nak marah depan orang.. malu woooo
  • senang kata putus.. sikit2 putus.. tu saja yang dia tahu bila bergaduh..
berusaha mencari yang terbaik dari sebelumnya..
^_^v

Apr 25, 2012

Jenis perempuan yang senang sangat kena tipu...

perempuan ooooo perempuan.. haishhh macam2 jenis ada.. ada yang baik, ada juga yang tak berapa nak baik.. ada yang pakai tudung, ada juga yang free hair.. ada hati yang lembut, ada hati keras.. ada juga yang senang kena tipu..
Perempuan yang senang percaya lelaki..
yang jenis macam ni memang selalu sangat terkena. 'i terlalu sayangkan u syg. i sanggup korbankan segalanya untuk u. duit i. maruah i semua untuk u. u jangan tinggalkan i ok..' dah sayang konon2 nya.. semua sanggup bagi, serah.. bukannya aku suruh korang tak percaya lelaki tapi jangan percaya 100%.. kalau tak, merana lah korang nanti..
Perempuan yang terdesak sangat nak kahwin..
'aiseyhh !! umur dah lanjut sangat dah ni !! kenapa lah aku ni susah sangat nak jumpa jodoh.. kalau ada orang yang nak dekat aku, bedal saja lah.. daripada orang panggil aku andartu..' sikap macam ni lah yang perangkap orang perempuan.. main suka hati rembat saja.. ending dia hancur lebur..
Perempuan yang suka bersosial..
masuk club, disco, teguk arak, telan pil, khayal sini mabuk sana.. esok tengok video bogel tersebar dekat internet.. ramai pula yang tengok.. time tengah syok, mana nak ingat, layan saja semua, last2 menyesal tak sudah..
Perempuan yang pentingkan faktor fizikal..
'perghh !! hansome gila vavi mamat tu !! kalau lah aku yang dapat dia, bahagia anak cucu !! oh mamat.. aku sudah jatuh cinta padamu..' makin handsome lelaki tu, makin tu lah korang kena kuatkan pertahanan korang.. kalau ramai yang kena tipu denga lelaki tak handsome, apa lagi lelaki yang handsome kan..
Perempuan yang sabar tak bertempat..
boleh diibaratkan 'makan hati berulam jantung' atau lebih molek lagi, 'makan tangan berulam kaki'.. dah tau hati korang terseksa, tertekan dengan perangai lelaki yang bengong lagi sengal tu, tapi nak terhegeh2 lagi dengan dia buat apa? kalau dia ada problem, baru nak cari korang.. bila dah tak ada problem, dengan korang dia campak jauh2..

^_^v

Detik kematian...


tertulis kematian
pada suratan kehidupan
namun hanya allah yang tahu
bilakah ajal bakal bertamu
detiknya menghampiri
tanpa petanda yang menanti
bila tiba saatnya nanti
tak siapa dapat melarikan diri
itu hakikat dan kepastian
hadirnya tidak pernh kita alukan
tua dan muda
miskin dan kaya
semua insan pasti melaluinya
sakit dirasa tidak terkata
jika dipisahkan jiwa dari jasadnya
hanya amalan bisa redakan
bebanan derita diambang kematian
denyutan nadi akhirnya terhenti
bersama nafas yang tak terbela lagi
kerana jiwa meninggalkan pergi
pulang kembali untuk menghadap ilahi
dari allah kita datang
kepadanya kita pasti pulang
detiknya pasti tiba
adakah kita bersedia

Apr 23, 2012

Untuk wanita...

Tercipta satu jasad penuh kelembutan
buat Adam sebagai teman
setelah Adam mengadu kesepian
permintaan diterima, diperkenan
dan bersinar sebuah taman
menyambut kedatangan seorang insan
soprano merdu bermain di udara
berkisah kasih diiring orkestra
bercerita lagu tentang mereka
tangan yang menyelamatkan Musa
daripada kezaliman seorang raja
ibu yang melahirkan Isa
tanpa campur tangan bapa
Rabiatul di udara
terpaku Ibrahim melihatnya
ini kisah wanita
pewaris takhta Hawa
meniti dalam reda

^_^v

Apr 21, 2012

Setiap kata ada maknanya...

Kalau perempuan tanya : lawa ke budak perempuan tu?
Maknanya : siapa paling lawa? i ke budak tu?

Kalau perempuan tanya : you dah makan ke belum?
Maknanya : jom laa pi makan.. lapar dah ni..

Kalau perempuan tanya : lawa2 laa baju dekat sini ek..
Maknanya : belilah kan untuk i..

Kalau perempuan tanya : kita macam sesuai jadi kawan saja..
Maknanya : i tak nak dekat you.. tak faham2 ke?

Kalau perempuan tanya : i suka berkawan dengan you.. you baik, memahami, bla bla bla bla..
Maknanya : i rasa macam minat pada you.. couple nak? haishh

Kalau perempuan tanya : you pernah tak teringat awek you yang dulu?
Maknanya : kalau berani sangat, kalau nak gaduh, sebut laa nama dia depan aku..

Kalau perempuan tanya : i sanggup berkorban demi kebahagiaan you.. sob sob
Maknanya : amboi! aku kena berkorban pula.. korang berdua seronok lah kan..

Kalau perempuan tanya : i tak kisah kalau betul you nak kahwin lagi satu.. asalkan you berterus terang dengan i, jujur dan berlaku adil.. apa yang dia dapat, i pun dapat.. tsk tsk tsk..
Maknanya : siapa kata aku tak kisah? adil ke tak adil, aku tak kira! langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah satu lagi!

^_^v

Jenis perempuan single...

Pencari teman hidup..
perempuan yang macam ni percaya setiap orang ada belaian jiwa dan diaorang akan berusaha untuk berjumpa lelaki kesukaan dia.. tapi kadang2 dia terlalu sangat fokus untuk lelaki yang tepat sampaikan lelaki2 lain terpaksa tunggu dia..
Tak kisah..
perempuan yang jenis macam ni pula suka biarkan hidup dia berlalu macam tu saja.. dia suka hidup sendiri daripada cari peneman hidup.. bila dia jumpa jodoh, semuanya jadi secara kebetulan..
Menunggu..
perempuan ni percaya cerita2 dongeng.. yakin dan tunggu kononnya diselamatkan putera raja mahfuz al bebiri.. ewww..
Bebanan kahwin..
seumur hidup dia, dia nak puaskan dulu keinginan dalam karier, pencapaian atau pergaulan.. ending dia, bila sampai waktu cari calon suami, semua aktiviti dia akan terhenti..
Bebas..
perempuan macam ni selalu bimbang nak pilih cara hidup sendiri atau komitmen.. biasanya dia pilih cara hidup sendiri dan bebas tentukan arah hidup dia..
Lambat dan mantap..
perempuan macam ni mungkin sama juga macam perempuan lain.. harap kahwin pada waktu dia.. pada masa yang sama dia berusaha sekuatnya untuk tak menghiraukan semua desakan atau tekanan dari kawan2 atau keluarga untuk kahwin cepat..

^_^v

Apr 20, 2012

Untuk perempuan yang nak membina pesona diri...

Korang mesti jealous bila tengok kawan2 korang dikelilingi lelaki2 sedangkan korang terkebil2 seorang diri.. cuma sebab dia ada aura, dia ada daya penarik? sebenarnya korang pun boleh bina sendiri daya penarik.. so please..
Yakin diri sendiri..
sebenarnya lelaki suka pada perempuan yang yakin pada diri sendiri.. bila korang yakin pada diri korang, suka pada diri korang, dan dapat terima diri korang seadanya, lelaki juga akan sukakan korang.. walaupun rupa paras korang sederhana saja, keyakinan korang akan menyerlah luar biasa..
Belajar berdikari..
ada lelaki cakap, perempuan yang pandai berdikari ni ada aura yang tersendiri.. lelaki tak suka perempuan yang suka bergantung pada orang dan harapkan pertolongan lelaki..
Jangan jadi bodoh..
jangan berpura2 bodoh untuk pikat lelaki.. untuk apa? tak payah nak berlagak pandai dalam semua benda sebab nampak menjengkelkan.. guna kebijaksanaan korang dengan bijaksana..
Jaga penampilan diri..
pakai pakaian yang selesa.. tak payah nak terikut2 dengan perkembangan fesyen untuk nampak cantik.. tak semua fesyen sesuai dengan korang.. korang mungkin boleh jadi mangsa fesyen dan nampak lagi hodoh.. ewwww...
Jangan terlalu merendah diri..
kalau tak cantik macam artis atau model, tak payah rendah diri sangat.. pastikan korang selesa dengan diri korang.. kalau korang fikir negatif saja, aura persekitaran korang pun negatif juga.. anggap lah korang ni megan fox, yakin diri ala2 princess.. dari situ korang dapat serlahkan diri korang dengan begitu hebat! ouchh..
Bagi perhatian..
puji dengan ikhlas penampilan lelaki yang korang suka.. lelaki selalu berusaha untuk nampak handsome tapi jarang kena puji.. mungkin pujian korang tu buat dia rasa bangga..
Jangan mengumpat..
masa berborak dengan lelaki, jangan cakap buruk pasal perempuan lain, sebab lelaki akan anggap korang berfikiran negatif pada sesama perempuan..

^_^v

Apr 17, 2012

Selamat jalan...

baru sebentar tadi
kita saling berbalas senyum
mengapa harus kini kita berpaling
dengar sini sayangku
aku bukannya angkuh
cuma buntu, kesejukan
ditinggalkanmu
mungkin kau tak mengerti
apa yang ku cuba sampaikan
namun aku, memahami, jelas kehendakmu
dan apa lagi yang mampu ku lakukan
selain menelan pahitnya
dan akur?
selamat jalan
semoga cerah masa hadapan
jagalah diri, kau pasti bahagia tanpa ku disisi
hanya satu yang ku harapkan
moga kau takkan lupakan
masa2 silam kita
dimana kita pernah senyum bersama
maafkan...
ku tak bermaksud menghantarmu jauh
ku kesali
lukamu tidak bisa diubati
namun ku tetap sayang kamu
dan tiada bisa mengubah
selamat jalan
semoga cerah masa hadapan
jagalah diri, kau pasti bahagia tanpa ku disisi
hanya satu yang ku harapkan
moga kau takkan lupakan
masa2 silam kita
dimana kita pernah senyum bersama
ku kesali
waktu ini tidak sempat lagi
ku terlambat
namun kau sentiasa hampir di ingatan
selamat jalan
jagalah diri
jangan kau lupakan...
yang pada suatu masa dahulu
kita pernah bahagia bersama

Apr 16, 2012

Sebab kenapa ada orang suka tukar couple...

cinta tu sepatutnya berasaskan pada kejujuran dan kesetiaan.. tapi ada juga orang yang sanggup mainkan perasaan orang lain.. antara sebab2 dia maybe...
Mereka kurang kasih sayang..
sebab tu mereka senang sangat jatuh cinta pada orang yang selalu bagi perhatian dan mengambil berat pada mereka.. sebab tu juga mereka jadi tamak.. bila jumpa orang yang lebih caring pada mereka, mereka cepat berubah hati..
Mereka kurang yakin pada diri sendiri..
apa yang mereka rasakan tak kekal dengan mereka.. sebab tu mereka sentiasa cari yang dirasakan terbaik tetapi  sikap tak yakin pada diri sendiri buat hati mereka ragu dengan apa yang mereka dapat..
Mereka tidak tahu bersyukur..
dalam hati mereka sentisa rasa ada yang lagi baik, lagi cantik, lagi handsome, lagi kaya, bla bla bla.. sebab tu mereka tak pernah hargai apa yang mereka ada.. lepas tu cepat pilih yang lain kalau ada yang lebih baik lagi..
Mereka tiada pendirian hidup..
mereka sendiri tak pasti apa yang mereka nak sebenarnya dalam hidup.. pada mereka couple tu keperluan yang mengikut keadaan.. dan pada mereka cinta tu alasan untuk bercouple bukannya tanggungjawab yang perlu ditunaikan..
Mereka mudah bosan..
ada sesetengah orang yang susah sangat nak kekal dengan sesuatu benda.. mereka ni suka cuba sesuatu benda yang mencabar dan seronok.. dalam relationship pun bila rasa bosan dengan couple yang ada, mula lah cari yang baru, berpindah kasih..
Mereka memang suka menipu..
memang ada orang yang suka menipu dan main2 kan orang lain semata2 nak seronok dan puas kan diri sendiri..

^_^v

Apr 15, 2012

Sebab2 kenapa lelaki selalu gembira..

Yang ini mungkin penyebab kenapa kaum lelaki ni selalu gembira.. 

  • Tak perlu susah2 nak mengandung..
  • Boleh kencing merata-rata ikut suka dia..
  • Kerjanya sama, tapi gajinya lebih..
  • Kedut dan boroi merupakan lambang kejantanan..
  • Orang tak pandang dada dia bila bercakap dengan dia..
  • Cuma berbual dekat telefon 30 saat je..
  • Boleh pakai baju dengan seluar untuk lima hari..
  • Dipuji melambung sebab keluarkan satu idea ciput je..
  • Boleh pakai seluar dalam RM 9.90 sekotak. dalam ada 3 helai..
  • Boleh sangat pakai baju berkedut..
  • Apa yang ada dekat muka dia original..
  • Stail rambut sama saja bertahun2, mungkin juga berdekad..
  • Boleh pakai kasut dan stokin sampai koyak..
  • Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam jamban..
  • Misai berserabut? no hal lah..
^_^v

Apr 12, 2012

Cari kawan cari sahabat...

entry hari ni kita cerita pasal kawan ataupun sahabat pula ok.. kalau kita nak tahu perangai seseorang tu, kita tengok  perangai sahabat ataupun kawan2 dia tu.. kalau baik sahabat dia, insyaallah dia pun baik.. kalau kawan dia tu perangai macam syaitan, besar kemungkinan dia pun macam syaitan.. haruslah cari sahabat yang baik akhlaknya.. 
#1 pilih sahabat yang suka melindungi sahabatnya, sebab dia adalah hiasan diri kita dan kalau kita kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan..
#2 pilih sahabat bila korang hulurkan tangan untuk tolong atau bantuan, dia menerima dengan rasa terharu.. 
#3 pilih sahabat bila korang minta sesuatu dari dia, dia mesti bagi.. bila korang dalam kesukaran dan kesedihan, dia suka membantu dan menghiburkan korang..
untuk dapat sahabat yang baik, kita sebenarnya kenalah jadi sahabat yang baik pada orang lain.. kalau diri kita dianggap sebagai seorang sahabat yang baik, nanti kita akan dapat sahabat yang baik juga..

^_^v

Apr 9, 2012

Tanda2 korang dah jumpa soulmate...

untuk seseorang perempuan tu memilih lelaki yang sesuai dengan dia memang satu proses yang sukar.. memang berbeza dengan lelaki yang suka pentingkan kecantikan fizikal.. lebih menyusahkan bila ia melibatkan mengenai soal pilih pasangan hidup.. apa tanda korang dah jumpa soulmate korang..


Korang berkongsi kepercayaan yang sama..
nilai sesuatu relationship ni mengenai macam mana korang kongsi saat bersama. walaupun korang ada tak bersetuju dengan semua benda, apa yang penting sekarang mengenai kepercayaan korang dalam relationship..
Bagaimana dia mengawal pergaduhan..
bohong lah kalau korang kata korang tak pernah selisih faham dengan couple korang. bergaduh bukan masalah utama, apa yang penting macam mana couple korang kawal pergaduhan. korang puas hati ke?
Bagaimana dia melayan orang lain..
manusia tak hidup sorang2. masing2 ada komuniti sendiri. macam tu juga korang, selain couple korang, mesti ada orang lain yang lebih penting. korang suka cara couple korang layan orang yang turut penting dalam life korang?
Bagaimana dia melayan anda depan orang lain..
kalau korang dapat rasa sesuatu istimewa walauapun pada masa yang sama dia kena juga melayan orang lain, dah nampak yang korang adalah orang penting dalam hidup dia..
Adakah dia memahami anda..
macam mana dia dengar pendapat atau isi hati korang walaupun dia tak setuju dengan korang luahkan?
Adakah dia seorang yang bertanggungjawab..
kalau dia hanya bagi beban pada korang, makna dia bukan lah lelaki yang sesuai nak jadikan pasangan hidup..

^_^v

Apr 8, 2012

Sudah cukup sudah...

inikah caramu membalas cintaku
kau nodai cinta yang ku beri
inikah caramu membalas sayangku
kau lukai sayangku untukmu
teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkan ku sesuka hatimu
sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja
daripada hati gelisah
cintaku kau balas dengan dusta

sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja

daripada batin tersiksa
lebih baik ku pergi saja
telah berulang kali
ku cuba mengalah
ternyata sabarku tak bererti untukmu

Apr 4, 2012

Jenis lelaki yang memang patut kena tinggal...

Lelaki yang senang ucap kata sayang.. 

tapi tak nak dan tak bersedia untuk jalinkan relationship yang lebih serious walaupun korang dah kenal dia bertahun lama.. kalau jadi macam ni, dah terang2 korang bukan orang yang dia nak and tak pernah ada dalam kamus hidup dia..
Lelaki yang sentiasa sangat call korang..
selalunya lelaki jenis macam ni suka cakap dengan kata2 manis bila korang diperlukan.. tapi bila korang memerlukan dia, haram dia muncul..
Lelaki yang ajak korang keluar sebagai teman tapi mesra..
kemana saja korang mesti berdua.. dah ibarat macam merpati dua sejoli.. malang sekali, dalam hati lelaki tu tak ada langsung korang.. jangan buang masa korang dengan lelaki macam tu..
Lelaki yang dah ada kekasih hati..
selalunya lelaki jenis macam ni banyak sangat makwe dia.. dekat dengan korang pun cuma nak memenuhi nafsu dia saja..
Lelaki yang rasa dia saja betul..
apa saja pandangan korang semua salah pada dia.. selalunya bila kita ada relationship dengan lelaki macam ni, confirm kita selalu kena marah and kena tengking..
Lelaki yang pentingkan diri dan naif..
selalunya lelaki macam ni tak berapa nak faham kehendak perempuan..walaupun korang dah berterus terang, dia tetap endahkan.. lelaki jenis macam ni selalu anggap semuanya remeh.. dah kenapa?
Lelaki yang tak tahu kehendak diri sendiri..
cuba bayangkan macam mana dia nak faham masalah korang kalau hidup bersama nanti.. ewww
Lelaki yang tetap mengganggu korang..
walaupun dah bagitahu korang sibuk, dia tetap tak peduli.. lelaki macam ni selalunya nak berkepit siang malam..
Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain..
lelaki macam ni sebenarnya kuat cemburu and sedaya upaya buat korang tak contact dengan lelaki lain.. relakah anda dikongkong lelaki seperti ini?
Lelaki yang tak dapat layan korang sebagai perempuan..
lelaki macam ni tak kan nampak ciri kepimpinan dia.. macam mana korang nak letak harapan pada lelaki macam ni?
^_^v

Apr 1, 2012

November #

Banyak helah..
Teliti dalam perhubungan..
Amat berahsia..
Degil..
Tidak suka dikongkong..
Mudah ambil berat..
Tidak menghargai perhubungan..
Perangai tidak dapat diramal oleh pasangan..
Kurang menghargai pasangan dalam hal2 cinta..
Kurang bersama dengan pasangan..

^_^v