BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sep 16, 2012

teguran...

kadang-kadang diri ni terfikir sendiri.. diri ni bukan lah baik mana pun kan.. perangai jangan cakap lah kan.. kalah orang jantan.. nak kata 100% bertudung tu, tak ada lah.. sekejap pakai sekejap tak pakai.. jahat lah katakan.. tapi sekurang-kurangnya gua tak banyak bunyi kalau orang tegur.. cuma kalau salah tegur je, gua maki sikit.. bhahahahhah selalunya orang-orang sekeliling gua kena tegur, macam ni alasan diaorang..

  • semua yang tutup aurat tu, confirm ke masuk syurga?
  • elleh.. tudung labuh pun bukan baik sangat.. kerja mengumpat juga..
  • macam lah kau bagus sangat nak tegur aku. kau tu dulu lagi jahat nak mampus dari aku.
  • walaupun kami macam ni, tapi hati kami baik.
  • jarang ke, ketat ke. tu hak kami. tak suka jangan tengok.. habis cerita.
  • kitaorang rasa, kitaorang pakai tak seksi.. depends pada yang pandang.
  • even kitaorang tak bertudung, kitaorang tetap puasa sembahyang semua.
  • suka hati lah nak pakai macam mana pun. tak susuahkan hidup orang lain kan.
  • ini antara kami dengan Allah.
  • bukan tak nak tutup, tapi macam belum sampai seru.
  • takkan nak berubah tiba-tiba. slow-slow lah.
  • tutup aurat tu bagus tapi kitaorang tak nak hipokrit sebab tak ikhlas buat.
jawapan macam ni selalu sangat aku dengar. so, berubah lah.. tak menunding jari pada siapa. nasihat untuk diri gua sendiri juga.. haishhh
^_^v

May 29, 2012

Jenis lelaki yang aku rasa perempuan suka...

Bersih lagi kemas

for sure laa benda ni paling penting.. sebab perempuan ni suka benda yang perfect gitu.. tak payah nak buat plastic surgery atau cucuk botox semata2 nak muka macam tom cruise.. apa yang penting, ambil berat pada diri sendiri saja.. make sure keluar tu badan bau wangi sikit, jangan sampai orang bau peluh jantan korang.. muka tu pun biar laa bercuci, tak cool kalau keluar dengan muka berminyak korang.. rasa boleh nak perah minyak dekat muka korang tu.. baju tak payah nak kancing sampai tersekat leher, cukup kemas and tak renyuk cukup.. gigi pun penting, tak guna juga muka smart tapi gigi kuning macam hantu raya.. 
Gentleman ok bukan gentelman
kalau dah smart, pandai2 laa marketkan diri tu sikit.. kalau nampak perempuan tu macam kusut ada masalah, cuba try dekat and cakap dengan suara macho korang.. 'awak macam ada masalah saja, ada yang boleh saya bantu?' perghhh confirm cair tangkap lelah beb.. korang kena tunjukkan yang korang boleh buat dia dihargai..
Faham diri dia
perkara ni banyak buat lelaki failed.. sebab lelaki tak banyak bersabar.. kalau dia nak share masalah, biar dia cakap dulu, lepas tu korang boleh bercakap.. kalau dia nak bercakap, korang pun nak bercakap.. macam mana nak faham dia kalau macam tu?
Tenang lagi penyabar
yang ni kena banyak main peranan sikit.. walaupun belajar tak tinggi mana, tapi korang amalkan sikap macam ni, dah cukup buat perempuan tertawan.. sebab diaorang tahu, korang fikir guna kepala otak bukan kepala lutut.. tenang tenag juga.. sabar sabar juga.. senyum jangan lupa.. senyum biar ikhlas, bukan senyum macam orang gila seks!
Matang
bila korang pandai bawa diri, boleh buat perempuan tergila2.. kiranya kalau korang tercampak dekat hutan sorang2, korang boleh hidup dengan buat keputusan korang sendiri.. kalau perangai tak matang, pernagai pun macam budak2.. buat muka air liur meleleh, muka bodoh2 kengkonon kiut.. macam mana laa nak nampak keyakinan diri korang tu?? 
^_^v

May 17, 2012

Ego lelaki tinggi !!!

memang lah setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai sifat.. dan kadang kala kita tak pernah sedar sifat kita.. tak kira lah lelaki ke perempuan ke, mesti ada satu sifat yang susah nak buang.. iaitu sifat ego !!!
aku bercakap berdasarkan pengalaman sekeliling aku.. sampaikan kadang2 aku terfikir.. kenapa lelaki ni susah sangat nak mengaku salah dia ??? tinggi betul ego diaorang.. susah sangat nak mengaku salah dan lagi susah nak mengalah.. lepas tu, salah tu diaorang tolak pada pihak lain !!! sungguh tidak suka !!!
Jenis lelaki ego
Jenis nak menang..
lelaki memang susah nak mengaku salah dan mengalah.. pada diaorang, diaorang sentisasa nak menang dan betul dalam semua benda.. choiii
Jenis tak terima pandangan orang
kalau yang jenis macam ni memang payah sesangat nak dibawa bincang.. kalau hitam kata dia, hitam lah.. kalau putih kata dia, putih lah.. 
Jenis berharta
Kaya sebab harta mak bapak.. kalau kaya atas usaha sendiri tak apa juga.. tak payah nak tunjuk sangat ego guna harta mak bapak !!!
Jenis hot
muka jambu, handsome.. cukup dah pakej, mula lah ego tak bertempat !!! tak payah nak riak sangat !!! Allah boleh tarik bila2 masa saja !!!
Jenis jatuh maruah
tak salah nak mengaku silap korang.. walaupun salah korang pada ornag perempuan.. korang minta maaf saja, tak jatuh pun maruah..

^_^v

Sahabat...

kawanku
jika ada saudaraku yang lain diantara kakak dan adikku itu pastilah kau


saudaraku
kita sama menyusuri ombak kecil jikala pasang
berpanas ceria dikala terik


sahabatku
kita mungkin saja pernah menghempas tangis berdua
bertindih susah bersama2
bermandi keringat tanpa jemu
tapi aku tak akan pernah gembira tanpa kamu ditanah baru nanti

sahabatku
akan tiada lagi kita berdebat
tak akan pernah lagi berlumba 
di tanah baru mungkin akan gersang tanpa kamu

sahabatku
percaya lah perpisahan ini tidak membawa kesenangan kepadaku
namun ini harus ku jalani
namun kelak kita akan bersua kembali
dengan mengulang kisah2 kita ini..

special tag : nur raihan, siti nurhawa, saidatul nabilah, asmaa hazwani, fatin azreen

May 15, 2012

setiap kata ada maknanya (episod dua)...

Kalau lelaki kata : ok laa awak, kita sembang lain kali laa ye..
Maknanya : memang kami busy pun.. tak ada nak kias apa2..
Kalau lelaki kata : tak apa, tak kisah..
Maknanya : memang kami tak kisah pun, tak ada nak perli2 atau sinis2..
Kalau lelaki kata : kita kawan saja laa ea? i memang suka you tapi sebagai kawan saja..
Maknanya : sebab lama sangat kawan, so dah terbiasa.. tak boleh nak develop feeling more than friend.. masa nak dulu, kau jual mahal kan.. 
Kalau lelaki kata : ehh.. you call i ea tadi? sorry tertidur laa..
Maknanya : memang tidur pun.. so?
Kalau lelaki kata : next time saja laa kita keluar.. i busy sangat ni.. nanti dah free i call you ok?
Maknanya : kami ada kerja.. tolong laa faham.. untuk future kau juga..
Kalau lelaki kata : i ni sebenarnya tak laa memilih sangat..
Maknanya : memang kami tak memilih pun.. biar sedap mata memandang.. tak semestinya kena lawa..
Kalau lelaki kata : i tak kisah penampilan you macam mana pun..
Maknanya : jangan laa make up sangat.. penat kot tunggu..
Kalau lelaki kata : lain kali kita keluar lagi ea? i ada hal..
Maknanya : lepas ni aku nak keluar lagi tau dengan kau..
Kalau lelaki kata : you kerja mana? as what?
Maknanya : minta2 laa kerja biasa2 saja.. kalau  kerja besar, selera kau pun besar.. hantaran besar.. demand tinggi.. nak jaga standard laa katakan.. 

^_^v

May 12, 2012

masa couple masa kahwin...

  • masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam tangan si pakwe.. siap bercium tangan bagai.. kengkonon nak jadi isteri solehah.. lepas kahwin, dah beranak pinak, si suami ank pergi kerja, tak ada pula si isteri nak cium tangan..
  • masa couple, kalau awek nak pergi mana2, wajib katanya minta kebenaran pakwe dia dulu.. kalau pakwe tak bagi keluar, jangan harap lah dapat keluar.. kengkononnya derhaka lah kalau ingkar cakap.. tapi dengan mak abah boleh pula derhaka.. lepas kahwin, dah beranak pinak, si isteri dah tak minta kebenaran suami nak keluar..
  • masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat.. tak nak bagi orang lain nampak rambut.. tapi bila webcam, send gambar pada pakwe, tak cover pula rambut dengan aurat.. kengkononnya nanti dia nak jadi suami juga.. nak jadi halal juga nanti.. kengkonon lagi semuanya untuk abang sayang sorang..
  • masa couple, bila time lepak dengan kawan2, semua sebuk dok cerita kehebatan pakwe atau makwe masing2.. cakap tak nak kalah.. bila dah kahwin, beranak pinak.. bila borak dengan kawan2, semua sibuk dok cerita kekurangan dan keburukan suami atau isteri masing2..
  • masa couple, bila pakwe cakap tu, makwe wajib ikut.. kengkononnya nak jadi suami yang tegas lah nanti.. bila dah kahwin, beranak pinak, isteri jadi queen control.. suami ikut saja telunjuk isteri.. suami berdosa sebab dayus, isteri berdosa sebab control suami.. dimanakah taat setia kamu sebelum kahwin wahai perempuan? mana pula sifat tegas dan juga kepimpinan sebelum kahwin dulu wahai lelaki?
^_^v

May 11, 2012

.....

Pemurahlah
engkau tidak akan papa
bersedekah lah selalu
engkau tidak akan disia-sia kan
jadikanlah pemurah itu budaya hidupmu
engkau akan dekat dengan Tuhan, dengan manusia, dengan syurga
jauh dengan neraka
Bakhil jauh dengan Tuhan
jauh dengan manusia, jauh dengan syurga
dekat dengan neraka
pemurah itu menghilangkan hangat kubur
penaung di Mashar, penutup aurat di akhirat
orang yang pemurah di hujung umurnya dapat hidayah
orang yang bakhil walaupun ahli ibadah selalunya su'ul khatimah
pemurahlah
ia akan menambah rezeki, menambah harta
membuang ego, disukai Allah
bila pemurah sudah hilang di dalam kehidupan
datang lah kemurkaan Allah
akibatnya akan ditimpa bermacam malapetaka
diantaranya Allah akan timpakan papa kedana
saudagar akan muflis
orang kaya kehilangan harta
pemerintah dan pentadbir pening kepala
orang awam turut menderita
orang jahat mengambil kesempatan
huru hara pun bermaharajalela
untuk memulihkan semua kestabilan
jauhkanlah dosa
hidupkan kembali sifat pemurah
hingga ia menjadi budaya