BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Apr 9, 2012

Tanda2 korang dah jumpa soulmate...

untuk seseorang perempuan tu memilih lelaki yang sesuai dengan dia memang satu proses yang sukar.. memang berbeza dengan lelaki yang suka pentingkan kecantikan fizikal.. lebih menyusahkan bila ia melibatkan mengenai soal pilih pasangan hidup.. apa tanda korang dah jumpa soulmate korang..


Korang berkongsi kepercayaan yang sama..
nilai sesuatu relationship ni mengenai macam mana korang kongsi saat bersama. walaupun korang ada tak bersetuju dengan semua benda, apa yang penting sekarang mengenai kepercayaan korang dalam relationship..
Bagaimana dia mengawal pergaduhan..
bohong lah kalau korang kata korang tak pernah selisih faham dengan couple korang. bergaduh bukan masalah utama, apa yang penting macam mana couple korang kawal pergaduhan. korang puas hati ke?
Bagaimana dia melayan orang lain..
manusia tak hidup sorang2. masing2 ada komuniti sendiri. macam tu juga korang, selain couple korang, mesti ada orang lain yang lebih penting. korang suka cara couple korang layan orang yang turut penting dalam life korang?
Bagaimana dia melayan anda depan orang lain..
kalau korang dapat rasa sesuatu istimewa walauapun pada masa yang sama dia kena juga melayan orang lain, dah nampak yang korang adalah orang penting dalam hidup dia..
Adakah dia memahami anda..
macam mana dia dengar pendapat atau isi hati korang walaupun dia tak setuju dengan korang luahkan?
Adakah dia seorang yang bertanggungjawab..
kalau dia hanya bagi beban pada korang, makna dia bukan lah lelaki yang sesuai nak jadikan pasangan hidup..

^_^v

2 comments:

nur kasih said...

doktor cint@....(",)

Nadya Joe said...

aha.. kan... -,-'