BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 22, 2011

Lelaki vs Wanita

  1. salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi.. dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi !!
  2. menurut satu kajian, kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita.. dan menurut satu kajian lagi, kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang, terlupa bini kita !!
  3. selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tetapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran !!
  4. wanita memang pemurah.. sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit dekat shopping complex tiap-tiap minggu..
  5. orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu.. tarik muncung empat, lima depa time merajuk !! sekali pandang lipstik dekat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna dia tak sama sebenarnya.. ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah !!
  6. menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri.. dan satu lagi kajian 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami..
  7. adalah orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya !!
  8. binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik.. manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !!
  9. wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up.. nampak sangat mereka satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up !!
  10. orang perempuan akan membelek muka di depan cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali juga semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali.. ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja yang tak berfaedah tengok muka sendiri !!
  11. menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda berbanding lelaki.. ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata !!
^_^v

0 comments: