BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 26, 2011

10 sebab perempuan tak respect lelaki !!!

  1. dah ada awek kau nak pegang-pegang.. elok-elok awek ko pakai tudung, kau nak tengok rambut dia.. konon special untuk kau seorang.. bila awek ko tak nak kasi semua tu, kau cakap bye bye.. wah !! kau lelaki gatal !!
  2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau.. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak apa.. konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi.. pastu siap minta duit lagi kat mak.. weh !! kau lelaki tak boleh harap !!
  3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit dekat atm, dengan segala hormat kau kasi  dia beratur depan kau.. konon kau lah lelaki paling gentleman.. tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je.. siap pura-pura tidur sebab tak nak bersesak-sesak berdiri.. sah, kau lelaki tak bertimbang rasa !!
  4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. nampak saja ada awek cun, makin semangat kau.. kau rasa hisap rokok tu cool dan macho.. alahai, sebenarnya ramai dah perempuan reject kau sebab diorang tak nak cepat jadi janda..  kau lelaki yang tak peka !!
  5. bila kau bawa kereta, ada saja awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. padahal perempuan tu tahu kau punya kereta tu duit mak bapak kau.. bukan harta kau tapi harta bapak kau.. aduh, kau lelaki perasan !!
  6. bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat.. mencarut pun kuat-kuat.. f**k, s**t, macam-macam lagi kau nak sebut.. kau rasa kau sempoi bila mencarut.. tapi perempuan pandang kau lelaki tak beradab !!
  7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. bab agama kau aci mengelat.. hermm.. kau lelaki tak boleh buat suami !!
  8. kau suka kutuk-kutuk, gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. kau kata konon bajet cun.. abis yang kau ambil gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tu, kau rasa cool ? haishh.. kau lelaki yang tak cermin diri !!
  9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk.. konon modal perempuan merajuk dan air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa pula? wei, kau lelaki ego !!
  10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome.. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun tak ambil peduli.. alahai, kau lelaki pengotor !!
p/s: untuk suka-suka.. tak semua lelaki macam ni.. and bukan semua lelaki ada semua ciri-ciri ni.. dalam duni ni ramai lagi lelaki yang baik-baik.. huhuhuhu
^_^v

1 comments:

Unknown said...

terbaikk..hehe..fllow u ..fllow cni =)